• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Yang Rosak Akibat Banjir Akan Dibaiki Segera

oleh Ahmad Albab
30/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mengenal pasti 10 buah sekolah terjejas akibat banjir sejak Sabtu lepas.

Timbalan Pengarahnya Muhammad Zahari Othman berkata sekolah terbabit terletak di jajahan Pasir Mas dan Tumpat yang mudah dinaiki air setiap kali musim tengkujuh berikutan terletak berdekatan Sungai Golok.

”Kemungkinan hanya sebahagian kecil kerosakan akan berlaku berikutan persediaan awal yang telah dilaksanakan sebelum cuti penggal akhir persekolahan bermula baru-baru ini,” katanya pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Pengarah Pendidikan Kelantan di Kompleks JPN Tunjong di sini, hari ini.

Program tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara JPN dan petugas media terutama dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada masyarakat.

Muhammad Zahari berkata pihak sekolah telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan semua peralatan pengajaran dan pembelajaran serta kerusi meja pelajar ke tempat yang selamat.

Beliau juga berkata bagi lebih 40 sekolah yang dijadikan Pusat Penempatan Sementara (PPS) penduduk terjejas banjir, pihaknya menjangka akan mengalami kerosakan melibatkan pintu kelas, tandas dan pendawaian elektrik.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya telah membuat permohonan kepada Kementerian Pendidikan bagi mendapatkan peruntukan untuk membaikpulih kerosakan sekolah-sekolah terbabit.

Untuk rekod terdapat seramai 315,908 orang pelajar di 595 sekolah rendah dan menengah di seluruh Kelantan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd