• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekali Kena ‘Game’ Dengan Tok Bomoh Daa…

oleh AK-47
29/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ILMU yang diamalkan dengan bantuan jin atau makhluk halus selalunya dikaitkan dengan ilmu hitam dan sihir.

Mungkin ramai yang merasakan bahawa ilmu-ilmu sebegini sudah tidak relevan lagi dalam dunia hari ini.

Namun, sangkaan itu meleset sama sekali kerana ternyata masih terdapat segelintir manusia yang percaya dengan ajaran mengarut seperti itu.

Ini terbukti apabila terdapat sebilangan masyarakat di Indonesia yang mendakwa mengamalkan Debus, iaitu sejenis ilmu seni mempertahankan diri yang terkenal dalam kalangan suku Banten.

Debus dipercayai dapat memberikan kekebalan dengan bantuan jin, sekaligus membuatkan pengamalnya kebal daripada sebarang kecederaan fizikal.

Oleh sebab itu, masih ramai manusia jahil mengamalkan ilmu sesat berkenaan biarpun menyedari tindak-tanduk mereka itu sebenarnya menuju ke jalan syirik.

Inilah yang berlaku kepada tujuh lelaki di Tangerang, barat Jakarta yang mahu menguasai ilmu tersebut dan cuba mempelajarinya daripada seorang bomoh di Kampung Rawa Kopi.

Bomoh terbabit yang hanya dikenali sebagai Didi, mahu melihat sejauh mana penguasaan anak-anak muridnya terhadap ilmu itu.

Dia telah mengarahkan anak muridnya untuk membilas tangan menggunakan racun asid pada malam Jumaat lalu, kononnya untuk menguji kebolehan mereka dalam mempraktikkan ilmu debus.

Malangnya, tujuh lelaki itu mengalami lecur teruk sejurus mereka menjiruskan cecair asid, membuatkan kesemuanya dikejarkan ke unit kecemasan dan memerlukan rawatan pakar daripada pihak hospital.

Menurut ketua polis tempatan, Harry Kurniawan, bomoh lelaki itu dikatakan baru berpindah ke kampung berkenaan beberapa bulan sebelum itu.

Bomoh terbabit turut menawarkan ilmu Debus kepada mereka secara percuma dan berjanji tujuh lelaki terbabit pasti kebal jika mematuhi syaratnya.

“Lelaki malang berkenaan percaya bulat-bulat dakwaan ‘guru’ mereka itu dan bagi menguji mereka, Didi mengarahkan mereka membilas tangan menggunakan bahan kimia yang kami percaya adalah asid.

“Akibatnya mereka terpaksa dikejarkan ke hospital kerana mengalami lecuran teruk,” kata Harry memetik Detik.com.

Seorang mangsa, Syahroni, 36, berkata, dia dan rakan-rakan melalui lapan ujian sebelum diarahkan melakukan tahap kesembilan yang menyebabkan mereka semua melecur teruk.

“Kami melakukan semua disyaratkannya termasuk mandi bunga menggunakan air sejuk selama beberapa malam kemudian diuji dengan dilibas senjata tajam dan tidak mengalami luka.

“Pada hari kejadian iaitu ujian terakhir, kami diarahkan membaca doa dan zikir bagi melancarkan ilmu kebal sebelum disiram sejenis cecair.

“Pada mulanya kami tidak rasa apa-apa tetapi apabila dibilas pula dengan air bersih tiba-tiba tangan terasa panas dan melepuh,” katanya.

Menurut kenyataan Harry lagi, bomoh itu terus menghilangkan diri selepas kejadian itu dan kini diburu polis walaupun mangsa tidak membuat laporan rasmi.

Dia berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah kerana cuai sehingga membawa kepada kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: asidIndonesiaSesat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pembinaan PPR Langkah K’jaan Mestruktur Kawasan Penempatan

Next Post

Dadah Dalam Paket Minuman Segera Bernilai RM349,260 Dirampas

Related Posts

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

Indonesia Kaya, Rakyat Tak Perlu Risau Naik Turun Pasaran Saham’ – Prabowo

24/04/2025
0

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan rakyat tidak perlu bimbang dengan turun naik pasaran saham selagi negara masih mampu...

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

Tupperware Rasmi Tutup Operasi Di Indonesia

14/04/2025
0

INDONESIA - Tupperware Indonesia secara rasmi menghentikan operasinya selepas 33 tahun berada dalam kehidupan rumah tangga rakyat negara itu. Menurut...

Next Post

Dadah Dalam Paket Minuman Segera Bernilai RM349,260 Dirampas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd