• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedia Beri Kerjasama Dakwaan Terima Sogokan

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari sedia memberi kerjasama penuh kepada polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima sogokan sebelum final Piala Malaysia 2017, awal bulan ini.

Khairul Helmi berkata beliau bersama enam rakannya daripada skuad Lang Merah bersedia pada bila-bila masa seandainya dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

“Kami memang sudah bersedia kalau diminta untuk beri keterangan dan sentiasa akan beri kerjasama,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kasut bola baharu keluaran Adidas di Football Republic, Suria KLCC, hari ini.

Selain Khairul Helmi, turut terpalit dalam isu dikatakan menerima sogokan berkenaan ialah ketua jurulatih pasukan tersebut, Nidzam Adzha Yusoff dan pemain sayap, Muhd Syazwan Zainon.

Mereka dikatakan menerima sogokan RM200,000 setiap seorang sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sementara itu, jenama kasut bola terkemuka, Adidas hari ini melancarkan edisi Predator 18 yang merupakan rangkaian but bola sepak yang menghasilkan kejayaan besar buat Adidas sejak diperkenalkan pada 1994.

Pelancaran Predator 18 yang penuh gilang gemilang dirasmikan pemain ternama antaranya penjaga gol JDT, Izham Tarmizi, Afiq Fazail (pemain tengah JDT) dan Badri Radzi ataupun lebih dikenali sebagai Piya, pemain tengah Kelantan.

Sementara itu, ketua pemasaran Adidas Malaysia, David Wong menzahirkan penghormatan terhadap sejarah dicipta Predator serta Football Republic kerana menyediakan kedai barangan sukan lengkap kepada peminat.

“Adidas Predator adalah sebahagian besar daripada jenama dan bola sepak amnya kerana ia muncul ketika era 90-an. Banyak legenda bola sepak menggunakan kasut ini dalam karier mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd