• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Sama Je, Tak Suka Jadi Plastik” – Raline Shah

oleh
30/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI selebriti, pasti mereka tidak lari daripada gosip tidak berasas yang sengaja diada-adakan.

Semakin popular di Malaysia, aktres dan model dari Indonesia, Raline Shah  memberitahu secara terus terang bahawa dia bukanlah artis yang bermuka-muka sehingga dilabel sebagai ‘artis plastik’.

Malah wanita berusia 32 tahun itu juga lebih suka untuk menjadi dirinya sendiri tak kira di depan ataupun dibelakang kamera.

Dalam perkembangan terbaharu, Raline kini sedang menjalani penggambaran bagi filem sekuel aksi iaitu Polis Evo2.

Selain itu, Raline yang merupakan graduan National University of Singapore dalam jurusan politik itu turut menolak istilah ‘jaim’ iaitu singkatan kepada ‘jaga imej’ yang popular di negara seberang, Indonesia.

Maksud ‘jaim’ itu ialah merujuk kepada seorang selebriti yang suka menyembunyikan sikap sebenar mereka kepada umum.

“Lihat saya dalam dunia glamor dan kehidupan biasa, Raline Shah masih orang yang sama dan tiada bezanya. Tiada apa yang cuba disembunyikan. Saya tak perlu ‘jaim’. Kecuali diri kamu berbeza di hadapan khalayak dan dunia seni.

“Namun, andai suatu hari nanti saya terpalit dengan kontroversi, terpulanglah kepada masyarakat menilainya.

“Saya hidup bukan dalam kepura-puraan atau ‘plastik’ dengan jadi berbeza di hadapan kamera dan kehidupan sendiri. Kalau menjadi ‘jaim’ dibayar seperti pelakon, boleh juga saya pertimbangkan,” katanya dipetik daripada BH Online.

Filem Polis Evo2 merupakan filem aksi pertama yang dilakonkannya dan juga merupakan filem sulungnya di Malaysia.

Walaupun sudah enam tahun bergiat aktif dalam dunia seni, Raline mengakui bahawa wataknya dalam filem Polis Evo2 merupakan watak yang ditunggunya selama ini.

Sebelum ini, Raline mula dikenali di Malaysia selepas membintangi filem Syurga Yang Tak Dirindukan1&2 yang turut menampilkan Nora Danish dan Luadya Cynthia Bella.

“Selepas sekian lama diberi peranan yang banyak bermain emosi, saya menunggu filem yang mengangkat sisi berani wanita. Saya mahukan filem yang nampak wanita kuat, bukan yang ditinggalkan dan merana. Saya mahu yang kuat dan boleh pukul orang,” tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, Raline cukup gembira selepas ditawarkan untuk bekerjasama dalam filem aksi tersebut dan dia terus menerima tawaran berkenaan tanpa berfikir panjang.

“Produksi memberitahu watak itu ditawarkan untuk saya saja. Mereka benar-benar mahu saya berlakon dalam filem ini. Kepercayaan produksi terus membakar semangat saya, apatah lagi gandingan pelakon hebat-hebat belaka,” ujarnya lagi.

Penonton bakal menyaksikan lakonan Raline lain daripada yang lain dalam filem Polis Evo 2. Dia bakal memegang watak sebagai pegawai polis yang berasal dari Indonesia.

Raline juga telah menjalani pelbagai latihan intensif bagi menghidupkan lagi watak yang dilakonkan.

Macam mana lah agaknya gaya lakonan Raline dalam Polis Evo 2 ya? Apa pun, sama-sama kita nantikan filem aksi yang ditunggu-tunggu ini! -MYNEWSHUB.CC / AH

Tags: AksiIndonesiajaga imejraline shah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd