Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Militan: Pasukan Keselamatan Bertukar...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bertukar-tukar maklumat risikan dengan Polis...

Malaysia Bakal Bangkit Kembali...

KUALA LUMPUR – Kerajaan baharu Pakatan Harapan berusaha keras meningkatkan kesejahteraan ekonomi rakyat,...

China Perlu Jujur Isu...

BEIJING - Kerajaan China perlu berterus terang mengenai penahanan sejuta penduduk Islam di...

4 Calon Bersaing Di...

SHAH ALAM : Empat calon bertanding merebut kerusi Parlimen P.108 Shah Alam yang...

Sarawak Tetap Perjuangkan Hak Dalam MA63

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengulangi bahawa Sarawak akan terus memperjuangkan haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau berkata hak-hak Sarawak termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963, perjanjian antarabangsa yang tidak pernah dipinda oleh semua pihak yang menandatanganinya sebagai anggota setara.

Katanya penandatangan ialah kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Sarawak, kerajaan negeri Sabah dan kerajaan United Kingdom dan sehubungan itu, kerajaan Persekutuan secara sendirian tidak boleh meminda perjanjian antarabangsa itu.

“Kami di Sarawak akan terus memperjuangkan hak-hak kami di bawah MA63 kerana jika kami tidak menjaga diri kami, tiada siapa akan berbuat demikian.

“Kami memperjuangkan hak-hak kami di bawah MA63 kerana kami mahu melindungi kepentingan ekonomi kami untuk generasi masa kini dan masa depan Sarawak. Ia bagi menuntut semula apa yang Tuhan telah beri kepada kami untuk dikongsi secara adil di muka bumi ini” katanya dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Berhubung hak sempadan lautan dan perlombongan, Abang Johari berkata hak-hak Sarawak terhadap sumber di perairannya telah ditarik balik oleh Akta Parlimen dan bukan oleh Dewan Undangan Negeri.

Beliau berkata Akta Pelantar Benua 1966 memberikan hak berhubung kegiatan carigali di pelantar benua dan sumber-sumber aslinya dalam persekutuan dan hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.


“Akta Laut Wilayah 2012 mengehadkan wilayah laut Sarawak kepada tiga batu nautika. Akta ini sepatutnya untuk menguatkuasakan, antara lain, dalam mematuhi Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Undang-Undang Laut, yang Malaysia antara penandatangan.

“Di bawah konvensyen ini, wilayah laut negara terhad kepada 12 batu nautika. Bagaimanapun, secara unilateral telah mengurangkan wilayah laut Sarawak kepada tiga batu nautika, wilayah lautnya telah dikurangkan sebanyak sembilan batu nautika. Ini menjejaskan hak-hak negeri terhadap sumber asli dalam wilayah lautnya,” katanya.

Ketua menteri berkata Akta Pembangunan Petroleum 1974 memperuntukkan semua hak bagi carigali dan eksport petroleum, baik di darat mahupun luar pesisir, di dalam persekutuan termasuk Sarawak diletakkan di bawah autoriti Petronas.

Kategori