Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Tian Chua Cabar Anifah...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mencabar Menteri...

Haram Lafaz ‘Al Madad...

Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa sebarang bentuk qasidah, doa mahupun nasyid yang...

Malaysia Tak Import Ayam...

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan,...

Kebanyakan Kes Bankrap Pada...

KUALA LUMPUR - Kebanyakan kes bankrap pada tahun 2014 dan 2015 berlaku disebabkan...

Sabah Acuan Terbaik Konsep 1Malaysia

KENINGAU – Sabah merupakan contoh terbaik acuan konsep 1Malaysia di negara ini, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno.

Katanya amalan bersatu, bekerjasama dan saling hormat menghormati dalam kalangan kepelbagaian etnik dan anutan agama telah menjadi budaya rakyat di negeri ini sejak sekian lama.

“Ini adalah contoh terbaik (bentuk) masyarakat sebagaimana diimpikan dalam konsep gagasan 1Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Seruan Negeri Di Bawah Bayu dan Belia Bersama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini hari ini.

Program yang julung kali diadakan di Kampung Keningau itu menyajikan pelbagai aktiviti melibatkan ceramah pendidikan serta motivasi kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) merupakan anjuran Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Teks ucapan Sairin disampaikan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan Sahanip Jamil.

Sairin yang juga Anggota DUN Liawan berkata keistimewaan rakyat di negeri ini ialah walaupun berbeza fahaman politik, pelbagai kaum dan anutan agama namun mereka masih mampu hidup sekampung dengan suasana harmoni tanpa sebarang perasangka.


“…ini yang kami warisi daripada nenek moyang dan inilah kualiti rakyat Sabah yang amat sukar berlaku di negeri lain di Malaysia. Kita perlu terus memperkasa perpaduan sedia ada dengan melakukan sedikit sebanyak penambahbaikan khususnya meningkatkan penguasaan dalam bidang pendidikan,” katanya.

Beliau berkata melalui penguasaan pendidikan yang maksimum, rakyat di negeri ini akan mampu mengharungi ledakan era globalisasi yang semakin sengit dan mencabar.

“Kita perlu bersatu untuk meletakkan pendidikan dan ilmu dalam pakej elemen perpaduan bagi memastikan kaum yang pelbagai di negeri ini dihormati dan maju seiring dengan mereka yang sudah jauh mengecapi kemajuan,” katanya. – BERNAMA

Kategori