• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rujuk Pejabat Daerah Jika Berlaku Banjir

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – Orang ramai perlu menjadikan pejabat daerah sebagai pusat gerakan utama dan rujukan apabila berlaku banjir.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata pusat gerakan banjir akan diketuai pegawai daerah dan disertai pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bomba.

“Pejabat daerah lebih mengetahui keadaan sebenar apabila berlakunya bencana berkenaan. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat sebenar dari pejabat daerah bagi mengelak timbul keresahan ekoran maklumat yang tidak tepat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Skuad Sukarelawan Bencana Daerah Hulu Terengganu di Kampung Menerong, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah APM Terengganu Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu Nasrudin Mahmud dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu Azmi Razik.

Skuad sukarelawan tersebut yang kini mempunyai 40 anggota merupakan yang pertama seumpamanya yang dilancarkan oleh kawasan parlimen dengan kerjasama agensi seliaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan seperti APM, bomba, polis dan Telekom Malaysia Bhd.

Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata kementeriaannya dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membekalkan radio amatur dan juga satelit bagi kawasan yang tiada liputan sekiranya berlakunya banjir.

“Dari segi persiapan tersebut, kita arahkan syarikat telekomunikasi bersedia untuk menghadapi sebarang bencana di samping meningkatkan kecaknaan terhadap pencawang telefon. Mana-mana pencawang yang masih di tempat rendah…naikkan ke tempat yang lebih tinggi,” kata. – BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Seri Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd