• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RoS Nafi Lewat Maklum Syarat Daftar PH

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) menafikan dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa kelewatan pendaftaran Pakatan Harapan disebabkan jabatan itu tidak memaklumkan lebih awal syarat dan undang-undang pertubuhan kepada mereka.

Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim berkata permohonan pendaftaran Pakatan Harapan perlu diteliti secara menyeluruh memandangkan ada masalah belum selesai berhubung DAP sebelum ini dan ditambah dengan isu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Kita memang meneliti semua keadaan (aspek) secara menyeluruh sebelum meluluskan apa jua pertubuhan terutamanya parti politik, jadi dakwaan Pengerusi PPB itu adalah tidak tepat.

“Parti politik mempunyai sokongan daripada rakyat, jadi kita kena pastikan apa yang mereka ingin perjuangkan itu menepati perlembagaan persekutuan dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan serta tidak bercanggah dengan norma masyarakat.. itu yang penting,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Surayati berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Dr. Mahathir bahawa RoS tidak memaklumkan lebih awal kepada parti terbabit mengenai syarat dan undang-undang yang perlu dipatuhi sehingga menyebabkan kelewatan pendaftaran pertubuhan parti campuran tersebut yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya umum ke-14 nanti.

Mengulas perkembangan lain, Surayati menyeru persatuan penduduk yang berdaftar di bawah RoS membuat permohonan geran berjumlah RM10,000 bermula Disember ini.

Geran yang disediakan kerajaan persekutuan itu adalah bagi pelaksanaan program pencegahan jenayah, aktiviti kejiranan dan pembersihan serta pembelian peralatan keselamatan.

Sementara itu Pengarah RoS Melaka, Nurhafidah Ali berkata sehingga kini sebanyak 2,156 pertubuhan dan 407 pertubuhan cawangan yang aktif direkodkan berdaftar di negeri itu manakala 44 persatuan telah dibatalkan kelayakannya.

Beliau berkata pembatalan status persatuan atau pertubuhan tersebut disebabkan beberapa faktor termasuk tidak aktif, tidak menghantar laporan tahunan atau penyata setelah notis dan makluman dilakukan RoS, serta ditubuhkan untuk kepentingan peribadi atau pihak tertentu. – BERNAMA

Tags: ROSSurayati Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd