• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Respon Segera Fakta Kritikan Di Media Sosial – KJ

oleh Ahmad Albab
04/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jentera UMNO di seluruh negara perlu bertindak segera dan bijak dalam memberi respons terhadap sesuatu isu atau kritikan dalam media sosial, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Ini berikutan maklumat dalam media sosial disalurkan begitu pantas menyebabkan masyarakat yang aktif menggunakan media sosial mengetahui sesuatu isu dengan serta merta, tanpa mengambil kira sama ada ia benar atau tidak, kata beliau.

“Hari ini media sosial ‘is live’ (bersiaran secara langsung). Kita ada maksimum empat jam sahaja untuk memberi respons kepada sesuatu isu. Kalau tidak, isu itu akan dapat naratif yang lain atau diletakkan dalam sudut pandangan berbeza oleh musuh kita.

“Apabila kita nak kejar semula untuk perbetulkan persepsi tersebut, sudah terlambat kerana orang sudah baca dan pindah kepada isu yang baharu. Kita juga akan ketinggalan dan tewas dalam isu tersebut,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Media Sosial UMNO Peringkat Kebangsaan 2017, di sini, hari ini.

Konvensyen anjuran Biro Teknologi Maklumat (IT) UMNO itu bertujuan memberi penerangan berhubung kepentingan, etika media sosial dan gerak kerja yang lebih berkesan kepada semua penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan turut menasihatkan jentera UMNO agar bertenang apabila berhadapan sesuatu isu berbangkit dan melawan semula kritikan itu dengan fakta yang sahih untuk mengekalkan kewibawaan parti.

“Sekiranya mahu melakukan ‘serangan’ kepada pihak lawan di media sosial, kita mesti berfikiran rasional dan bercakap berasaskan fakta kerana jawapan yang dikeluarkan itu akan digunakan semula kepada kita nanti,” katanya.

Khairy turut mengingatkan jentera parti agar tidak menggunakan media sosial sebagai alat serangan peribadi kepada pihak lawan kerana dikhuatiri mengundang simpati orang ramai terhadap pihak tersebut.

Dalam menyampaikan mesej berkaitan parti dan kerajaan pula, beliau berkata anggota UMNO yang aktif di laman sosial perlu lebih informatif dan kreatif selain menerapkan unsur jenaka supaya lebih berkesan di hati masyarakat. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin Abu Bakarmedia sosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

Khairuddin Sindir Akmal Hanya Mampu ‘Menyalak’ Dalam Media Sosial

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Pas Melaka, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyindir Ketua Pemuda UMNO kerana didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd