Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bangga Menjadi Penenun Termuda...

JOHOR BAHRU - Melibatkan diri dalam seni warisan tenun ketika manjalankan latihan praktikal...

Tak Mengaku Sebabkan Kematian...

SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang, hari ini atas tiga...

KKM Perkasa Komuniti, CAC...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memperkasakan komuniti dan Pusat Penilaian...

Kenapa PH Bimbang Penyatuan...

KESEDIAAN dua parti Melayu terbesar negara, PAS dan UMNO untuk menjalin kerjasama lebih...

“Rasa-Rasanya Esok Boleh Bubar Parlimen” – Najib

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pakatan Harapan sebagai sebuah gabungan parti pembangkang yang `kucar lana’ dan tidak wajar diberi peluang mentadbir negara ini.

Kata beliau, rakyat wajar menilai adakah patut Pakatan Harapan diberi peluang untuk mentadbir Malaysia yang mempunyai Perlembagaan Negara sedangkan perlembagaan parti sendiri tidak mampu dituruti.

“Jangan dengar puak-puak itu (pembangkang) yang sudah tiada modal. Mereka kucar lana. Bila buat parti, buat perlembagaan (parti) sendiri tak boleh ikut perlembagaan sendiri.

“Ini macam nak tadbir negara. Perlembagaan sendiri pun tak boleh ikut. Ini adalah disebabkan mereka tiada akar umbi ,” katanya kepada orang ramai sewaktu merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Senawang pagi ini.

Najib dalam pada itu menzahirkan rasa senang hati beliau dengan sambutan luar biasa yang diterimanya daripada rakyat Negeri Sembilan yang membanjiri majlis itu.


Beliau malah dalam nada berseloroh memaklumkan berasa seolah-olah mahu membubarkan Parlimen esok bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)

“Saya kira ini bukti yang jelas bahawa tuan puan amat senang hati. Mungkin itu sebab sambutan hari ini luar biasa. Rasa-rasanya esok boleh bubar Parlimen,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori