• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putera Charles Prihatin Cabaran Dalam Sistem Makanan Agri Perikanan

oleh AK-47
08/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Putera Charles menyuarakan keprihatinan baginda terhadap cabaran utama dalam sistem makanan agri perikanan apabila sebahagian besar daripada ikan yang ditangkap di lautan akhirnya dijadikan makanan untuk penternakan ikan.

Prince of Wales menyatakan keprihatinan itu semasa baginda melawat WorldFish, sebuah agensi penyelidikan antarabangsa yang berpangkalan di Pulau Pinang, kata pengarah WorldFish, Gareth Johnstone.

Beliau berkata Putera itu berminat dengan kerja WorldFish dalam bidang kelestarian makanan ikan yang tidak menggunakan sumber laut dan usaha meluas institusi berkenaan dalam mencapai serta menyumbang ke arah Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Putera Charles merupakan suara yang lantang dalam perbincangan berkaitan kelestarian lautan dan merupakan penyokong kuat pembangunan lestari khususnya dalam bidang pertanian, sejak dahulu lagi.

“Kami mengambil maklum kata-kata perangsang baginda dan beberapa bidang yang dikongsi bersama berkaitan minat serta matlamat yang akan menjadi inspirasi ketika kami menyusun program untuk menangani cabaran pembangunan global melalui perikanan dan akuakultur,” katanya kepada Bernama di sini.

Pertemuan setengah jam dengan Putera Charles yang berlangsung semalam turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Munir Mohd Nawi, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Victoria Treadell dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri K. Devamany, yang juga menteri pengiring.

Antara topik perbincangan adalah kerapuhan ekosistem lautan dan kerentanan masyarakat yang terlibat dengannya.

Johnstone menjelaskan bahawa Putera Charles menunjukkan minat khusus dalam makanan ikan alternatif yang menggunakan serangga sebagai sumber protein untuk memberi makan ikan, alternatif yang lebih mampan kepada ikan.

Terdahulu, Putera Charles dan isteri, Camilla Duchess of Cornwall, diberi sambutan permaidani merah di sini sebagai mengucapkan selamat jalan sebelum baginda menamatkan lawatan tujuh hari ke Malaysia dan berlepas ke India.

Baginda berdua tiba di Kuala Lumpur pada Khamis lepas untuk melakukan lawatan sulung ke Malaysia, bagi memperingati ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.

Lawatan pasangan diraja itu ke Malaysia adalah sebahagian daripada lawatan 11 hari ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt hingga 9 Nov. – BERNAMA

Tags: putera charles
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Putera Charles Didakwa Terima Derma RM13.9 Juta Daripada Jutawan Qatar

Putera Charles Didakwa Terima Derma RM13.9 Juta Daripada Jutawan Qatar

28/06/2022
0

LONDON – Pewaris takhta Britain, Putera Charles didakwa menerima wang €3 juta (RM13.9 juta) daripada seorang Sheikh negara Qatar termasuk...

Putera Charles Positif Covid-19

25/03/2020
0

LONDON - Pewaris takhta Britain, Putera Charles disahkan positif koronavirus (Covid-19), menurut kenyataan rasmi dari Clarence House, kediaman rasmi Prince...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd