• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putera Charles Dan Camilla Akhiri Lawatan Di Malaysia

oleh Ahmad Albab
08/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Prince of Wales, Putera Charles dan isteri Camilla, Duchess of Cornwall berangkat pulang hari ini setelah menamatkan lawatan rasmi tujuh hari ke Malaysia.

Pasangan diraja itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kira-kira 11 pagi dan melintasi pasukan kawalan kehormat, sambil dipayungi kerana hujan gerimis.

Putera Charles dan Camilla kemudian berlepas ke India dengan pesawat Tentera Udara Diraja British pada 11.27 pagi.

Menteri Pengiring Datuk Seri S. K. Devamany yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Seri Farizan Darus, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Law Choo Kiang dan pegawai kerajaan negeri yang lain berada di lapangan terbang untuk mengiringi keberangkatan pulang baginda berdua.

Putera Charles dan Camilla tiba di Kuala Lumpur Khamis lepas sempena sambutan ulang tahun ke-60 hubungan dua hala antara Malaysia dan United Kingdom.

Selain Kuala Lumpur, pasangan diraja itu turut melawat Sarawak, Perak dan Pulau Pinang sepanjang lawatannya dari 2 hingga 8 Nov.

Baginda berdua tiba di Pulau Pinang pada petang Isnin dan melawat beberapa tempat ibadat di kawasan warisan di sini serta Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Butterworth semalam.

Pasangan diraja itu kemudian menghadiri Resepsi Alumni Sandhurst di sebuah hotel di sini dan mengakhiri lawatan ke negeri ini dengan menghadiri Resepsi Muzium Peranakan Pulau Pinang di Church Street.

Kunjungan Putera Charles dan Camilla ke Malaysia adalah sebahagian daripada rangka lawatan 11 hari ke Singapura, Malaysia dan India dari 30 Okt hingga 9 Nov, bertujuan mengukuhkan hubungan antara Britain dan Asia.

Kerabat Diraja British yang melawat Malaysia sebelum ini termasuk Ratu Elizabeth II dan Duke of Edinburgh yang menghadiri upacara pembukaan rasmi Sukan Komanwel ke-16 di Kuala Lumpur pada 20 hingga 23 Sept 1998 serta lawatan oleh Putera William dan Kate Middleton, Duke dan Duchess of Cambridge pada Sept 2012. – BERNAMA

Tags: putera charles
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Putera Charles Didakwa Terima Derma RM13.9 Juta Daripada Jutawan Qatar

Putera Charles Didakwa Terima Derma RM13.9 Juta Daripada Jutawan Qatar

28/06/2022
0

LONDON – Pewaris takhta Britain, Putera Charles didakwa menerima wang €3 juta (RM13.9 juta) daripada seorang Sheikh negara Qatar termasuk...

Putera Charles Positif Covid-19

25/03/2020
0

LONDON - Pewaris takhta Britain, Putera Charles disahkan positif koronavirus (Covid-19), menurut kenyataan rasmi dari Clarence House, kediaman rasmi Prince...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd