• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Prasarana Tingkat Pemantapan Akuan Bersumpah

oleh Ahmad Albab
20/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selaras dengan aspirasi memperkasakan integriti dalam urusan dan operasinya, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memperketatkan lagi proses dan prosedur dalam pentadbirannya di samping memantapkan perakuan bersumpah kepada vendor dan pembekal.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata perakuan bersumpah yang ditandatangani oleh semua vendor dan pembekal kini memperuntukkan syarat yang membolehkan tindakan mahkamah diambil jika berlaku kesalahan berbanding sebelum ini, syarikat berkenaan hanya disenarai-hitamkan.

“Para vendor dan pembekal yang berurusan dengan Prasarana dan anak-anak syarikatnya disyaratkan untuk menghadiri taklimat integriti sekurang-kurangnya sekali bagi memastikan mereka benar-benar memahami hasrat di sebalik perakuan bersumpah yang ditandatangani dan program keseluruhan integriti kumpulan berkenaan,” katanya.

Azmi berkata demikian selepas melancarkan Bulan Integriti 2017 dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Prasarana di sini hari ini. Kenyataan beliau diedarkan kepada media petang ini.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad.

Azmi mengingatkan para vendor dan pembekal supaya sentiasa mematuhi segala dasar dan prosedur yang ditetapkan oleh Kumpulan Prasarana, yang komited inginkan urusan yang bebas daripada gejala rasuah.

Pada majlis itu, Azmi turut memaklumkan mengenai pembentukan jawatankuasa bertindak dengan keanggotaan daripada pelbagai jabatan dalam kumpulan berkenaan untuk mengesan pembaziran dalam perolehan dan menyekat pembayaran yang tidak sah.

Katanya semua pegawai dan kakitangan Kumpulan Prasarana pula disyaratkan untuk membuat pengisytiharan untuk setiap percutian ke luar negara bagi mengesahkan bahawa segala kos percutian berkenaan ditanggung sendiri dan bukan oleh mana-mana pihak ketiga.

Azmi turut memimpin bacaan IBR bersama-sama dengan anggota Barisan Kepimpinan Kanan Prasarana, kakitangan serta vendor-vendor dan syarikat-syarikat pembekal.

Ikrar berkenaan, antara lain, menzahirkan janji untuk bersama-sama mematuhi segala perundangan, peraturan, prosedur dan dasar yang berkaitan dengan jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa di samping sentiasa bekerjasama dengan SPRM.

“Objektif Bulan Integriti 2017 dan IBR Prasarana adalah menjadikan Integriti sebagai Budaya Warga Kerja Kumpulan Prasarana serta memperkukuhkan nilai-nilai integriti dan meningkatkan kesedaran tentang integriti dalamkalangan semua kakitangan.

“Prasarana amat menyokong sepenuhnya inisiatif SPRM ini dan memberi komitmen bagi IBR ini,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

‘Rakyat Johor Bayar Cukai Juga’ – Ka Siong Gesa Projek E-ART Diberi Layanan Sama Seperti LRT Mutiara Line

17/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mempersoalkan mengapa projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) Johor tidak...

Peruntukan Sekolah Persendirian Cina Naik Kepada RM20.16 Juta, Bukti Sokongan Kerajaan Madani – Teo Nie Ching

Peruntukan Sekolah Persendirian Cina Naik Kepada RM20.16 Juta, Bukti Sokongan Kerajaan Madani – Teo Nie Ching

17/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Peruntukan kepada sekolah persendirian Cina meningkat daripada RM12 juta pada tahun 2019 dan RM15 juta pada tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd