• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Bersama 2,054 Gram Syabu

oleh AK-47
28/11/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Polis menahan seorang lelaki bersama dadah jenis syabu seberat 2,054 gram di sebuah hotel bajet di Sabindo Sqaure di sini, pada Ahad lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Nor Azizulkifli Mansor berkata lelaki yang tidak memiliki dokumen keterangan diri berusia 22 tahun itu ditahan pada pukul 12.05 tengah malam oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah dan JSJN Tawau.

“Suspek ditahan ketika memegang sebuah bagasi berjenama Polo Season dan pemeriksaan polis terhadap kandungan beg menemukan dua bungkusan plastik teh berjenama Guanyinwang.

“Pemeriksaan lanjut terhadap setiap satu bungkusan itu didapati mengandungi satu paket plastik lutsinar yang berisi ketulan hablur jernih dipercayai dadah jenis syabu dan dianggarkan nilai keseluruhan rampasan RM140,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Azizulkifli berkata, suspek yang ditahan itu tidak memiliki rekod jenayah lampau tetapi ujian saringan air kencing didapati positif dadah jenis syabu.

Menurutnya suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sejak Ahad lepas sehingga 2 Disember ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

“Masih dalam siasatan sama ada suspek pengedar dadah atau keldai dadah,” katanya dan suspek disyaki tiba beberapa hari awal di Tawau sebelum ditangkap hasil maklumat orang awam.

Beliau turut percaya bahawa setiap kegiatan pengedaran dadah di daerah ini memiliki jaringan dengan negara jiran ekoran Tawau bersempadan dengan Indonesia.

Sementara itu, Azizulkifli menzahirkan rasa terima kasih kepada masyarakat setempat berikutan kesedaran penduduk yang meningkat dalam menyalurkan maklumat awal kepada polis untuk membanteras kegiatan jenayah termasuk pengedaran dadah di Tawau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendaki Gunung Berlumut Hilang Ditemui Selamat

Next Post

Perniagaan Di Rantau Panjang Berjalan Seperti Biasa

Related Posts

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

Tindakan Tengku Zafrul Buka Pintu Sukar Dijangka Dalam Kerajaan Perpaduan – Rafizi

01/06/2025
0

AMPANG: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli menyifatkan tindakan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar UMNO dan...

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

UMNO Teliti Implikasi Akta Anti-Lompat Parti Libatkan Senator

01/06/2025
0

SHAH ALAM - Biro Undang-Undang UMNO diminta untuk meneliti implikasi Akta Anti-Lompat Parti, termasuk kedudukan seorang senator susulan kontroversi melibatkan...

Next Post

Perniagaan Di Rantau Panjang Berjalan Seperti Biasa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd