• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Minta Bantuan Kesan Lelaki Hilang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pemuda yang dilaporkan hilang di Sibu Jaya sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailanni Amit berkata pemuda dikenali sebagai Steinzerly Anak Musa, 26, itu mengalami kecelaruan fikiran dan kemurungan, kali terakhir dilihat di gelanggang futsal Sibu Jaya.

Katanya, pemuda itu berbadan kurus, tinggi sederhana, berkulit cerah dan memakai kemeja T hitam, berseluar pendek, tidak berkasut serta terdapat kesan luka di lehernya.

“Semasa keluar dari rumah pemuda ini tidak membawa sebarang dokumen perjalanan diri dan kes ini diklasifikasikan sebagai kes orang hilang. Hingga 8.00 malam tadi dia masih belum dijumpai,” katanya.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota polis Sibu, bomba dan penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) turut dijalankan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Steinzerly diminta menghubungi balai polis terdekat. – BERNAMA

Tags: kes hilangpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd