• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Persiap Anggota Hadapi PRU14

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Kontinjen Melaka sedang mempersiapkan anggota, pegawai dan kakitangan awamnya dari segi aspek fizikal, mental dan ilmu menerusi latihan amal pilihan raya umum yang dilaksanakan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan berkata latihan amal berkenaan yang diadakan dua hari lepas akan dijalankan lima peringkat iaitu ketika pembubaran parlimen, penamaan calon, kempen, pengundian serta selepas pilihan raya.

“Berdasarkan lima peringkat situasi ini anggota dan pegawai kontinjen Melaka akan didedahkan dengan situasi sebenar kemungkinan yang boleh berlaku seperti ancaman atau gangguan dalaman atau luaran yang boleh mnegganggu-gugat kestabilan dan keamanan negeri.

“Sebanyak 2,500 anggota, pegawai dan kakitangan awam kontinjen akan terlibat dalam latihan amal ini dan ia akan dibantu 500 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Pagi Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka di sini, hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Cawangan Khas negeri yang lama iaitu Datuk Dr Wan Ariffin Wan Ahmad yang akan berpindah ke Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas dan jawatan beliau akan disandang ACP Borhan Daud yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Cawangan Khas II Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata latihan amal tersebut akan melibatkan tiga daerah di negeri ini dan ia dijalankan di lapangan atau lokasi terpilih yang menggambarkan keadaan sebenar mengikut arahan dari Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC).

Beliau berkata kakitangan awam hanya terlibat bagi membantu CCC dan DCC serta memastikan prosedur pengkeranian atau pentadbiran sepanjang pilihan raya sebenar berlangsung.

Katanya selain meningkatkan keyakinan petugas terlibat, latihan amal itu juga bertujuan memastikan mereka mengenali antara satu sama dan koordinasi antara jabatan yang terlibat dengan CCC dan DCC berjalan lancar.

“Proses pilihan raya ini mengambil masa yang agak panjang dan pelbagai perkara boleh berlaku. Jadi latihan amal ini penting bukan sahaja untuk anggota polis tetapi juga memberi keyakinan kepada rakyat bahawa keamanan dapat diwujudkan sepanjang tempoh masa tersebut,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata seramai 20 individu ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dalam tempoh 1 Jan hingga hari ini dan 39 kertas siasatan dibuka dalam tempoh berkenaan.

Katanya semua mereka yang berusia 20 hingga 56 tahun itu ditahan atas pelbagai kesalahan iaitu curi motosikal (10 orang), samun ragut (empat orang), curi kabel (tiga orang) dan masing-masing seorang bagi kes pecah kereta, samun Hilux dan jenayah kekerasan.

Abd Jalil berkata enam lagi individu berusia lingkungan 40 hingga 60 tahun yang dipercayai terlibat dalam judi haram dan ekor dalam talian masih dikesan dan mereka disyaki menyembunyikan diri bagi mengelak ditahan. – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd