• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pastikan Trafik Lancar Semasa Program Gen-Y

oleh AK-47
22/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka akan memastikan kelancaran trafik terutama bagi laluan keluar masuk ke pusat bandar raya sempena penganjuran program ‘Gen-Y Green The City Melaka 2017’ yang menyasarkan kehadiran kira-kira 100,000 pengunjung, Ahad ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata beberapa laluan di sekitar pusat bandar raya bermula dari Dataran Pahlawan, Banda Hilir sehingga ke Dataran 1Malaysia, Klebang akan ditutup bagi memberikan laluan acara konvoi berbasikal melibatkan laluan sejauh 9.8km dalam program tersebut.

“Kita menjangkakan beberapa laluan utama khususnya ke pusat bandar raya akan mengalami kesesakan trafik kerana beberapa program penting di Melaka termasuk Program Tahunan Isteri Wakil-wakil Rakyat Barisan Nasional Semalaysia (PTIWRBNM) selama lima hari hingga Ahad ini selain kemasukan pelancong sempena cuti sekolah.

“Justeru Polis Melaka akan menempatkan 2,303 anggota polis dan trafik dari kontinjen Melaka dan dibantu kontinjen negeri berhampiran bagi membantu memastikan kelancaran trafik dan keselamatan orang ramai terjamin sepanjang tempoh masa tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan program ‘NBOS Have Ex-Policeman Serve as Neighbourhood Leaders’ di sini yang dihadiri Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Melaka Idris Mohd Ali dan Pengerusi Persatuan Polis Pencen Melaka Yahya Md Sahid.

Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata kira-kira 345 anggota polis wanita akan ditempatkan di beberapa lokasi penganjuran sukan dan dua hotel di pusat bandar raya yang menjadi lokasi penginapan peserta sempena PTIWRBNM bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.

Sementara itu, beliau berkata anggota Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Polis Pencen di negeri ini akan berganding bahu dalam usaha memerangi aktiviti jenayah.

“Polis Melaka sentiada mengadakan perjumpaan dan program bersama dua persatuan ini untuk memberi penerangan dan maklumat terkini berkaitan isu keselamatan yang berlaku di dalam dan luar Melaka,” katanya.

Beliau berkata ahli persatuan berkenaan akan turut menjadi mata dan telinga Polis Melaka dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah di kawasan mereka. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

Saksikan Apabila Bangsa Johor Bermuafakat

Saksikan Apabila Bangsa Johor Bermuafakat

12/07/2026
0

KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) dalam PRN semalam membuktikan satu perkara iaitu Bangsa Johor mampu bersatu apabila melibatkan masa depan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd