KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melawat pakej kerja kelima Projek Lebuhraya Pan Borneo merangkumi jalan Papar-Donggongon sejauh 11.7 kilometer di Papar, hari ini.
Beliau diiringi Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan dua Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Datuk Seri Yahya Hussin serta Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof
Skop pakej Papar-Donggongon itu melibatkan kerja menaik taraf jalan sedia ada kepada empat lorong dua hala termasuk pembinaan jambatan baharu Sungai Simpudu.
Pembinaannya bermula pada 31 Julai tahun lepas dan dijangka siap pada 15 Sept 2019.
Terdahulu, Najib merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32 di Dewan Hongkod Koisaan KDCS di sini, sebelum melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Pakej 6 di Padang Majlis Daerah Putatan. — BERNAMA

