• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Lancar Nombor Pendaftaran Kenderaan T1M

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan nombor pendaftaran kenderaan khas T1M atau Transformasi 1Malaysia, diilhamkan daripada aspirasi Nasional 2015 yang diperkenalkan beliau.

Najib yang hadir menyaksikan pertandingan ‘Salute Malaysia Drift Challenge 2017’ di Indrapura Karting Circuit di sini hari ini, turut menerima nombor pendaftaran T1M 11, selaku penghargaan kepada beliau sebagai bapa transformasi negara.

Pengerusi Pertubuhan Transformasi Anak Muda Malaysia, Helmi Yusof berkata penjualan nombor pendaftaran itu telah mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan.

“Pihak kami akan menguruskan penjualan nombor pendaftaran itu dan hasilnya akan diguna untuk melaksanakan usaha transformasi anak muda dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

“Bidaan akan dibuka secara rasmi esok (20 November) sehingga 20 Disember depan bermula daripada T1M 1 hingga T1M 1,000. Mereka yang berjaya membida perlu membuat pendaftaran di pejabat JPJ Wangsa Maju, Kuala Lumpur sehingga 31 Julai 2018,” katanya.

Helmi menambah mereka yang mahu mendapatkan borang atau maklumat lanjut berhubung penjualan nombor pendaftaran itu boleh melayari laman web www.platt1m.com. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakNombor pendaftaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

Media Berbahasa Cina Lapor Ucapan “Terima Kasih Najib” Penuhi Ruangan Komen LRT3

29/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Media berbahasa Cina melaporkan ruangan komen di media sosial hari ini dipenuhi ucapan penghargaan kepada bekas Perdana...

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

Pelancaran LRT3 Bukti Kerajaan Madani Utama Rakyat – Pemimpin PH

28/06/2026
0

SHAH ALAM - Pelancaran LRT3 Laluan Shah Alam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didakwa menjadi bukti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd