• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Adakan Pertemuan Tertutup ADUN BN Sarawak

oleh AK-47
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa daripada jadual padatnya di bandar raya ini bertemu anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional Sarawak.

Pertemuan tertutup lebih sejam itu diadakan di sebuah hotel di sini petang ini.

Setiausaha BN Sarawak, Datuk Seri Dr. Stephen Rundi Utom berkata pada pertemuan tersebut, Najib yang juga Pengerusi BN berbincang mengenai beberapa perkara termasuk memberi nasihat berkenaan pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Adun ambil peluang keberadaan Perdana Menteri di Kuching untuk bertemu beliau. Pada pertemuan tadi, beliau ada memberi beberapa nasihat terutama dalam menghadapi pilihan raya tidak lama lagi.

“Beliau tidak maklumkan bila pilihan raya akan diadakan, namun kita (Adun) BN Sarawak telah nyatakan sudah bersedia bila-bila masa supaya dapat kejayaan cemerlang pada pilihan raya nanti,” katanya kepada media selepas pertemuan itu.

Turut hadir pada pertemuan itu, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi BN Sarawak.

Rundi berkata selain berkaitan pilihan raya, Najib juga memberi maklumat mengenai pelaksanaan projek di Sarawak dan beberapa perkara lain.

PRU14 mesti diadakan sebelum tempoh masa berakhir pada Ogos tahun depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd