• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Seksyen 39B ADB, Alternatif Jatuhkan Hukuman

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Pindaan terhadap Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 akan memberi alternatif kepada mahkamah dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah dadah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pindaan itu antara lain membolehkan hakim menjatuhkan hukuman sama ada gantung sampai mati atau penjara seumur hidup iaitu berbeza dengan akta sedia ada apabila mahkamah tidak ada pilihan dalam menghukum pesalah.

“Kita lihat akta sekarang menyebut bahawa hukuman gantung sampai mati itu adalah secara mandatori dan mahkamah tidak ada pilihan lain, sama ada gantung atau lepaskan (tertuduh).

“Ini merupakan satu alternatif yang terbaik dan memberikan pilihan kepada hakim berdasarkan pada kes yang dibawa ke mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Program Mahasiswa Turun Parlimen (Mantap), di bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

RUU Dadah Berbahaya (Pindaan) 2017 yang bertujuan meminda Seksyen 39B akan dibentang untuk bacaan kali kedua di persidangan Dewan Rakyat esok selepas dibacakan untuk kali pertama 23 Nov lepas.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pasukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan keseluruhan agensi berkaitan di bawahnya berada pada skala 10/10 atau tahap tertinggi dari segi kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir di negeri-negeri Pantai Timur.

Katanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim juga kini berada di Terengganu dan Kelantan bagi melakukan pemantauan terhadap aktiviti kendalian agensi-agensi yang turun memberikan bantuan di kedua-dua negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata koordinasi dilakukan bukan hanya secara berkala tetapi juga berstruktur, termasuk menyediakan senarai semakan tertentu kepada agensi-agensi terlibat, pembahagian kerja dan kawasan tanggungjawab masing-masing.

Beliau berkata semua aset pasukan keselamatan dan penyelamat berada dalam keadaan siap di kawasan yang telah dikenal pasti dan akan terus dimobilisasikan jika perlu.

Mengenai Mantap yang memasuki siri ketujuh, Ahmad Zahid berkata kesemua mereka dari siri pertama hingga terkini akan dikumpulkan untuk diasimilasikan bersama jentera Barisan Nasional (BN) bagi memantapkan kempen BN dalam kalangan generasi muda pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

Hayati Makna Sujud, Jauhi Sombong Dan Kezaliman – Ismail Lasim

16/10/2026
0

KUALA PILAH – Penghayatan terhadap solat perlu diterjemahkan melalui akhlak yang baik, sikap menghormati hak sesama manusia serta menjauhi kesombongan,...

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

“Go Away. Don’t See Me. I Don’t Want To See You” – Tuanku Muhriz Tegur Menteri Besar Negeri Sembilan

16/10/2026
0

SEREMBAN - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, secara terbuka menegur Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berhubung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd