• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Agung UMNO, Gelanggang Pamer Kejayaan

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – UMNO akan mempamer kejayaan dan pencapaian pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13, pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung awal bulan depan.

Setiausaha Kerja UMNO Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kesemua kejayaan dan pencapaian itu disajikan dalam bentuk gambar dan visual yang ditempatkan di sudut-sudut pameran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) – lokasi berlangsungnya perhimpunan itu untuk tatapan umum.

“Sebagai sebuah parti politik yang menerajui kepimpinan (kerajaan pusat), kita akan menunjukkan setiap kejayaan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sepanjang tempoh pentadbiran Barisan Nasional serta dasar-dasar yang telah dibuat oleh kerajaan.

“Pencapaian selama ini yang menunjukkan janji-janji kita sewaktu pilihan raya umum yang lepas telahpun kita dapat laksanakan, salah satu contoh, projek MRT yang dijanjikan dalam manifesto telah berjaya disempurnakan,” katanya kepada Bernama selepas mengadakan kunjungan ke Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini, hari ini.

Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Pengurus Besar Bernama Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abd Wahab dan pegawai-pegawai kanan agensi berita itu.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata persiapan bagi penganjuran perhimpunan agung yang bakal berlangsung pada 5 hingga 9 Dis ini, kini berjalan lancar dengan raptai pertama perjalanannya akan diadakan Sabtu ini.

Beliau berkata perhimpunan agung itu akan menyaksikan kehadiran pemerhati daripada 40 parti politik luar negara termasuk dari Turki dan negara-negara Timur Tengah.

Katanya tapak-tapak pameran dan gerai jualan yang disediakan juga mendapat sambutan hangat apabila semuanya telah habis dtempah pempamer dan peniaga tempatan.

Selain itu, katanya, bagi menambah kemeriahan, satu pertandingan fotografi akan diadakan sepanjang tempoh perhimpunan itu membabitkan penyertaan orang ramai dan petugas media yang menyaksikan imbuhan hadiah harian sebanyak RM300 selain berpeluang menjadi pemenang utama untuk hadiah wang tunai RM3,000.

“Jadi semua jurugambar dalam mana-mana agensi termasuk orang ramai yang mempunyai kamera telefon juga boleh menyertai dan menyerahkan gambar-gambar menarik sekitar perhimpunan agung kepada jawatankuasa peraduan yang akan berada di ruang legar PWTC sepanjang tempoh berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Ab Rauf YusohPerhimpunan Agung UMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

DAP Letak Jawatan Kabinet Boleh Akibatkan PRU Lebih Awal

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Tindakan pemimpin DAP meletak jawatan sebagai anggota Kabinet akan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menarik...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd