• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Sumbang RM100,00 Kepada P.Pinang Pasca Banjir

oleh AK-47
08/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Negeri Perak meluluskan peruntukan RM100,000 untuk pembelian peralatan serta barangan bagi kegunaan pacsa banjir termasuk pembersihan di Pulau Pinang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata bantuan tersebut akan dihantar segera ke Pulau Pinang sebagai tanda prihatin kerajaan negeri Perak kepada rakyat negeri itu.

Katanya bantuan akan diselaras oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan, Datuk Saarani Mohamad; Setiausaha kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Rusnah Kassim.

“Janganlah jadikan ini sebagai isu politik kerana ia masalah kemanusiaan, negeri itu jiran kita dan masalah rakyat merentasi soal politik,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kerajaan negeri di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Zambry berkata sumbangan bukan sahaja dalam bentuk peralatan menghadapi pasca banjir tetapi setiap kumpulan yang dibentuk akan turun membantu mangsa banjir.
​​​​​​​
​Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi tabung khas bencana banjir di Perak sebagai persiapan dan keperluan menghadapi bencana alam tersebut.

“Kita tidak mahu orang menyifatkan hanya sibuk masalah di luar tetapi masalah sendiri tidak dipedulikan jadi tidak timbul masalah itu,” katanya.

Zambry turut menasihati orang ramai terutama penduduk yang tinggal di kawasan berisiko seperti berdekatan sungai agar membuat persiapan awal bagi menghadapi kejadian banjir, termasuk kemungkinan banjir kilat.

Dalam perkembangan lain, Zambry menegaskan tindakan segera termasuk oleh polis perlu diambil bagi mengatasi kes kecurian kabel eletrik dan telekomunikasi di beberapa kawasan di Perak termasuk Manjung.

“Kabel ini adalah untuk kegunaan orang ramai dan bayangkan sikap tidak bertanggungjawab pihak tersebut pastinya akan memberi kesan kepada orang ramai,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd