• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyelam Jumpa Pakaian Mangsa Bunuh

oleh Ahmad Albab
14/11/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Sehelai pakaian dipercayai milik mangsa antara objek ditemui polis sepanjang tempoh dua jam melakukan penyelaman di dalam Sungai Rantau berhampiran Pekan Rantau, semalam.

Usaha dilakukan bagi mencari bahan bukti penting yang dibuang suspek berhubung kes penculikan dan pembunuhan pemilik kedai cuci kereta B Sugumaran, 29, selepas mayatnya ditemui ditanam di tepi jalan di Jalan Siliau-Port Dickon, Sabtu lalu.

Sepasukan anggota polis dibantu anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di lokasi bersama peralatan bagi tujuan menyelam sejak jam 10 pagi.

Menurut sumber, mereka melakukan selaman bermula dari tebing sungai berhampiran sebuah stesen minyak sebelum menyelam sehingga ke dasar sungai.

“Suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan turut dibawa ke lokasi bagi menunjukkan tempat bahan bukti dibuang selepas mayat mangsa ditanam.

“Pencarian dilakukan sehingga jarak lima meter dari tebing sungai berkenaan. Anggota melakukan tugas menyelam selama dua jam sebelum menemui sehelai pakaian dipercayai milik mangsa dan diperlukan sebagai bukti siasatan kes,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, lapan individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan kes terbabit.

Menurutnya, semua suspek berusia antara 29 hingga 39 tahun terbabit ditahan secara berperingkat susulan laporan dibuat bapa saudara mangsa pada 23 September lalu. – myMetro Online

Tags: kes bunuhSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

Penjual Lembu Didakwa Bunuh Cikgu Sekolah Rendah

06/02/2026
0

BANDAR BARU BANGI - Seorang penjual lembu didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas satu pertuduhan membunuh rakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd