• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Minta MBMB Tambah Kemudahan Di Pasar Transit

oleh Ahmad Albab
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Peniaga Pasar Transit di Jalan Fatimah, Bacang dekat sini, meminta agar pihak pengurusan pasar berkenaan, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), segera menambah baik kemudahan bagi memberi lebih keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pasar itu.

Tinjauan Bernama hari ini mendapati sebahagian besar unit ruang niaga pasar berkenaan telah beroperasi setelah ia mula dibuka kepada orang ramai, Rabu lalu.

Peniaga, Abdullah Jasis, 58, berkata secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan kedai baharunya, namum beberapa perkara perlu ditambah baik seperti kemudahan parkir.

“Keadaan ini menyebab pengunjung menghadapi kesukaran untuk meletak kenderaan, sedangkan kami peniaga ingin lebih ramai orang datang ke sini,” katanya yang mula berpindah ke Pasar Transit tiga hari lalu kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau, yang berniaga Mee Gunting sejak lima tahun lepas, bagaimanapun menyifatkan bahawa lokasi pasar itu adalah strategik dan mudah dikunjungi.

Selain kekurangan parkir, Abdullah berkata keadaan air bertakung, tandas yang terhad, tiada perkhidmatan bas merupakan antara masalah yang perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan pasar berkenaan.

Bernama sebelum ini melaporkan seramai 311 peniaga dari Pasar Melaka Sentral dipindahkan secara berperingkat ke Pasar Transit tersebut apabila bangunan lama pasar berkenaan tidak lagi selamat digunakan kerana keadaan bangunannya yang tidak lagi kukuh dan akan robohkan bila-bila masa.

Turut berkongsi pendapat yang sama, Ajis Jantan, 48,berkata beliau dan rakan peniaga rasa selesa dapat berniaga di pasar berkenaan namun sedikit terkilan apabila pihak pengurusan tidak menyediakan kipas angin di gerai bahagian pasar kering.

“Saya baru dua hari berpindah ke sini namun masalah tiada kipas angin menyebabkan rasa kurang selesa dalam kalangan peniaga dan juga pengunjung,” katanya yang mula berniaga kuih tradisional lebih 10 tahun di pasar Melaka Sentral.

Sementara itu, peniaga sayur, R.Chandran, 42 berkata perniagaan di lokasi baharu lebih baik daripada sebelum ini dan beliau berpuas hati dengan sambutan pengunjung.

“Sewa yang dikenakan adalah berpatutan walaupun sedikit tinggi dari tempat lama (Pasar Melaka Sentral) dan kerja-kerja menurunkan barang dari lori di sini adalah lebih mudah,”katanya yang telah memulakan perniagaan menjual sayur sejak 14 tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Melakapeniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

Veteran DAP Anggap Pengisytiharan Hari Ini Bertentangan Adat Perpatih

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim mendakwa tindakan mengisytiharkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan baharu di sebuah...

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

KPDN Lancar Ops Kesan 6.0 Mulai 1 Jun, Pantau Peniaga Ambil Kesempatan Naik Harga

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Ops Kesan 6.0 di bawah Akta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd