• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penggunaan Internet Kini Lebih 89 Peratus – Jailani

oleh Ahmad Albab
15/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penggunaan Internet di negara ini kini meningkat kepada 89.3 peratus berbanding 80 peratus pada 2016, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata kajian pengguna media sosial mendapati 15.5 peratus pengguna adalah dalam kalangan remaja berumur 19 tahun ke bawah.

“Hasil dapatan kajian itu juga mendapati pengguna media sosial menggunakan Internet sekitar empat jam sehari,” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai).

Beliau berkata pemilik akaun Facebook meningkat daripada 96.5 peratus pada 2016 kepada 97.3 peratus setakat ini, selain Instagram (46.7 peratus kepada 56.1 peratus) dan Twitter (26.5 peratus kepada 26.6 peratus).

Mengenai perlindungan data peribadi, beliau berkata pengguna Internet perlu lebih berhati-hati menyalurkan maklumat terutama menerusi media sosial memandangkan data dikumpul setiap hari dan tanpa sempadan.

Jailani turut menyarankan pengguna Internet menggunakan kata laluan bersifat ‘alphanumeric’ iaitu gabungan nombor dan abjad sebagai langkah perlindungan.

Katanya antara modus operandi yang sering digunakan penjenayah siber ialah teknik penggodaman, kecurian fizikal seperti komputer riba dan telefon pintar, penyamaran seperti menggunakan e-mel serta media sosial.

Selain itu, Jailani berkata kementerian sentiasa mengingatkan syarikat telekomunikasi untuk memeriksa sistem transaksi bagi memastikan ia tidak digodam.

Katanya langkah itu termasuk dalam syarat lesen yang perlu dipatuhi pihak syarikat telekomunikasi.
Beliau berkata sehingga kini tiga kes telah didakwa di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan kesemuanya telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah.

Akta itu adalah untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial dan terpakai kepada pelbagai sektor serta industri utama negara yang merupakan pengguna data seperti komunikasi, perbankan dan institusi kewangan, insurans, kesihatan, pengangkutan, pelancongan dan hospitaliti.

Menerusi akta berkenaan, sebarang bentuk penzahiran maklumat peribadi tanpa persetujuan pengguna data menerusi apa-apa platform termasuk Internet adalah satu kesalahan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun, atau kedua-duanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jailani Johari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

01/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT)...

Hormati Keputusan Jailani Letak Jawatan – Razif

20/05/2018
0

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormati pendirian Datuk Seri Jailani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd