Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

PM Australia Ikrar Beri...

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese menegaskan kerajaannya akan menumpukan bantuan sokongan terhadap...

Merkuri Tumpah Di Makmal...

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang hari ini, mengambil masa 30 minit...

Lelaki Maut Jatuh Dari...

IPOH – Seorang lelaki ditemukan mati akibat kecederaan parah selepas dipercayai terjatuh dari...

Asalkan MB Bukan Saya...

KEMELUT... Datuk Ismail Kassim merafak sembah kepada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra...

Pemilihan UMNO: Jailani Tawar Diri Tanding Ahli MKT

KUALA TERENGGANU: Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari menawarkan diri bertanding Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan 18 Mac ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jailani, 58, disahkan Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) negeri menawarkan diri bertanding MKT hari ini.

Selain Jailani, seorang lagi pemimpin UMNO dari negeri ini, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris turut menawarkan diri bertanding MKT.

Jailani yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu dan bekas Ahli Parlimen Hulu Terengganu masih aktif membantu parti terutama di peringkat cawangan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) di Kampung Tok Radok, Ajil, Kuala Berang.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Jailani digugurkan daripada bertanding di Parlimen Hulu Terengganu.

Dalam perkembangan lain, tiga Ketua UMNO bahagian mengekalkan jawatan selepas memenangi jawatan itu tanpa dicabar.

Mereka adalah Datuk Rozi Mamat (Hulu Terengganu), Datuk Nik Dir Nik Wan Ku (Marang) dan Datuk Sabri Mohd Nor (Setiu).

Lima lagi ketua UMNO bahagian termasuk pengerusi dan timbalan pengerusi akan dicabar pada pemilihan nanti.


Datuk Seri Dr Ahmad Said yang juga penyandang jawatan Ketua UMNO Kemaman dicabar Datuk Mohamed Rahim Hussin.

Di Dungun, Datuk Din Adam yang juga penyandang dicabar oleh Azhar Jambol, manakala Datuk Wan Hisham Wan Salleh yang juga penyandang Ketua UMNO bahagian Kuala Terengganu dicabar Najmil dan juga Datuk Mohd Sabri Alwi.

Bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Seberang Takir, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd Rahman pula menawarkan diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus mencabar penyandang Dr Apli Yusoff.

Datuk Nawi Mohamad yang juga penyandang Ketua UMNO Bahagian Besut sejak 2018 dicabar dalam saingan empat penjuru.

Nawi yang juga ADUN Hulu Besut dicabar ADUN Jertih, Datuk Muhammad Pahimi Yusof, Wan Mohammad Wan Ahmad dan Isma Aon Muhammad.

Pengerusi JPU negeri, Datuk Muda Mamat mengesahkan semua calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua UMNO bahagian layak untuk bertanding.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori