• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengetahuan IT Perlu Diterap Awal Bagi Lahirkan Pereka

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sistem pendidikan Malaysia perlu menyemai pengetahuan dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dengan lebih awal, khususnya di kalangan pelajar sekolah menengah, untuk melahirkan inovator bagi menangani keperluan negara ke arah ekonomi digital.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz, berkata masanya sudah tiba untuk sistem pendidikan negara merangsang pelajar bagi mempelajari asas pengkomputeran dan bagaimana mereka boleh memberi kesan kepada sistem kewangan tradisional dan sebagai pembawa pembaharuan.

“Bukan kerohanian, pengajaran moral atau bahasa kebangsaan yang akan digunakan dalam sistem, yang akan dipakai adalah bahasa ICT dan pengkomputeran,” katanya kepada pemberita sempena Persidangan Asia Pasifik mengenai Isu-Isu Perakaunan Antarabangsa 2017 di sini hari ini.

Persidangan empat hari itu, dihadiri oleh 300 peserta antarabangsa dari 30 buah negara, dianjurkan secara bersama oleh California State University dengan Universiti Antarabangsa Unitar.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Rafidah berkata, teknologi dan inovasi baharu amat diperlukan, terutamanya bagi memanfaatkan sumber sedia ada.

“Ini adalah penting bagi bersaing dalam pasaran institusi kewangan yang tradisional dalam penyampaian perkhidmatan kewangan,” katanya.

Mengambil teknologi kewangan (fintech) sebagai contoh, beliau berkata, syarikat-syarikat fintech sedang bersaing secara terus dengan bank-bank konvensional dalam pelbagai bidang kewangan.

“Antara segmen-segmen yang disediakan dalam fintech adalah pembayaran digital, insurans digital, pelaburan dan sebagainya. Tetapi bidang (keperluan untuk penerokaan) fintech yang baharu adalah dalam kewangan Islam, yang seharusnya menjadi platform dan modalnya mematuhi Syariah,” kata Rafidah.

Beliau ketika bercakap mengenai sasaran negara bagi melahirkan 60,000 akauntan menjelang 2020, atau nisbah seorang akauntan untuk 500 orang menjelang tahun 2020, berkata, negara seharus mempunyai akauntan yang berkualiti dan bukannya memberi fokus kepada angka.

“Kita berhenti membuat sasaran dan sebaliknya, kita wujudkan individu berkualiti, angka tidak penting, tetapi apa yang paling utama ialah akauntan yang berpengetahuan dan disokong oleh ICT, perisian atau perkakasan,” katanya.

Beliau memberikan Supermax Corp Bhd dan Top Glove Corp Bhd sebagai contoh, di mana pengeluaran kanta sesentuh Supermax dan sarung tangan getah Top Glove dibuat sepenuhnya oleh teknologi robotik.

“Ini adalah selari dengan industri, peluang pekerjaan bukanlah mengenai angka tetapi pekerja yang berkualiti,” katanya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Rafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trio Sabotaj Parti Tidak Wakili Veteran UMNO

08/05/2018
0

TINDAKAN tiga bekas menteri iaitu Tun Daim Zainudin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Tan Sri Dr. Rais Yatim yang lantang...

Rafidah Cuba Cetus Tsunami Ubah Kerajaan

05/05/2018
0

UNDI calon untuk pastikan kerajaan sedia ada ditukar. Itu inti ucapan bekas Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd