• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafidah Cuba Cetus Tsunami Ubah Kerajaan

oleh Ahmad Albab
05/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNDI calon untuk pastikan kerajaan sedia ada ditukar.

Itu inti ucapan bekas Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Tan Sri Rafidah Aziz ketika berucap di Bukit Katil, Melaka.

Rafidah dengan gaya politik lapan puluhan, cuba menyemarakkan semangat anti BN dengan menggambarkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai bermasalah.

Malah, kata Rafidah, dia memilih untuk berdiam diri selama sepuluh tahun selepas digugurkan daripada kabinet Tun Abdullah Badawi pada 2008.

Rafidah digugurkan pada masa itu akibat bertelagah dengan Tun Mahathir berhubung isu Permit Import kereta yang dikawalnya melalui MITI.

Mahathir menuduh MITI pada waktu itu, membiarkan pemegang AP membuat pengisytiharan palsu berhubung harga kereta yang diimport.

Penipuan ini menyebabkan, cukai import kereta AP direndahkan. Sekali gus membolehkan kenderaan AP dicukaikan lebih rendah dan dijual dengan harga lebih murah.

Ini menjejaskan pasaran kereta tempatan Proton.

Mahathir pada masa itu Penasihat Proton. Kemuncupan jualan Proton menyebab Mahathir menyalahkan MITI.

Rafidah tidak berdiam diri. Serangan Mahathir dibalasnya dengan sinis dengan mengatakan: Kualiti Proton yang tidak kompetetif punca jualannya merudum.

Mahathir tidak berdiam diri. Kata-kata sinis Rafidah dibalasnya dengan mendedahkan senarai kroni Rafidah yang menerima AP dengan angaran keseluruhan sekitar RM8 bilion.

Malam tadi, di Melaka, Rafidah kembali bersama Mahathir. Mereka duduk di pentas yang sama dalam kempen PKR di mana Mahathir memainkan peranan mengetuai kempen sebagai Penasihat PH.

Rafidah yang berusia 79 tahun, kembali ke pentas ceramah pilihanraya dan berusaha keras memastikan Mahathir menang dan menjadi Perdana Menteri PH sekiranya Pakatan menang.

Rafidah nampak desparado. Dia tidak kelihatan kembali secara ikhlas. Ketika Mahathir memulakan langkah menentang Najib dari dalam UMNO hinggalah menubuhkan PBBM, Rafidah kelihatan tidak berminat.

Hanya seminggu sebelum tarikh penamaan calon, Rafidah mula membangkitkan isu-isu mengenai PM Najib melalui status Facebook.

Rafidah akan terus berjalan keliling negara membontoti Mahathir hingga 8 Mei. Matlamatnya demi mencetuskan pusingan 72 jam terakhir mencipta Tsunami Melayu.

Namun, Rafidah lupa. Orang Melayu tidak akan melupakan perbuatannya.

Ketirisan isu AP punca Proton merudum dan hampir lingkup.

Orang Melayu tidak akan lupa, cara Rafidah menghina Proton sebagai kereta yang tidak berkualiti! – MYNEWSHUB.CC

5 Mei 2018

Tags: KerajaanTan Sri Rafidah Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

Institusi Diraja Johor Paternalistik Terhadap Pentadbiran Negeri, Bukan ‘Rubber Stamp’ – Kok Wea

27/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Institusi Diraja Johor secara tradisinya mempunyai penglibatan yang sangat aktif dan bersifat paternalistik (kebapaan) terhadap pentadbiran negeri....

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

Protes Jalanan Jadikan Negara Tidak Stabil, Pelabur Rasa Bimbang – Saifuddin Nasution

15/06/2026
0

KULAI – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan bekalan minyak mencukupi bagi mengelakkan rakyat berasa marah sehingga mencetuskan protes di jalan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd