• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penduduk Bantah Projek Pembangunan Lereng Bukit

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sekumpulan penduduk Kondominium Miami Green Resort, Jalan Pantai Miami, Batu Ferringhi di sini, membuat bantahan bagi mendesak kerajaan negeri menghentikan projek pembangunan lereng bukit berhampiran kediaman mereka.

Wakil penduduk itu Leslie Leng, 41, berkata mereka bimbang kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 11 nyawa dalam kejadian 21 Okt lepas berulang.

“Kami difahamkan bahawa projek perumahan mampu milik yang akan dijalankan berhampiran kondominium ini dijangka bermula kira-kira dua bulan lagi,” katanya yang mewakili 10 penduduk yang hadir mengadakan bantahan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Leslie berkata pada mulanya penduduk tidak membantah projek itu dijalankan berikutan ia telah mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri pimpinan DAP.

“Namun apabila berlaku pelbagai kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, kami mula berasa bimbang dan tidak tenteram lagi.Tambahan pula, keadaan cuaca yang tidak menentu sudah tentu merunsingkan kami terutama ketika hujan lebat,” kata Pengurus bahagian Teknologi Maklumat itu.

Leslie berkata beliau bimbang berikutan jarak antara kondominium mereka dan bakal tapak projek itu hanya kira-kira 70 meter.

“Bahaya yang menanti bukan sahaja ketika projek dijalankan, malah selepas projek disiapkan dan sudah diduduki…nyawa kami bagai diancam. Selain itu jarak antara kondominium dan tapak projek yang dekat boleh merosakkan dan menumbangkan struktur kediaman,” katanya.

​​​​​​​Kondominium Miami Green Resort terdiri daripada lima blok setinggi 28 tingkat yang mempunyai 550 unit rumah setiap satu blok. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd