• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penanaman Semula Hutan Di Kelantan Tidak Memuaskan

oleh Ahmad Albab
27/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Prestasi kewangan dan fizikal serta peraturan kewangan bagi penanaman semula hutan di Kelantan adalah tidak memuaskan, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut laporan tersebut ,prestasi kewangan dan fizikal bagi penanaman semula hutan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perhutanan Kelantan sepanjang tempoh 2014 hingga 2016 adalah tidak memuaskan berikutan peratus pencapaian yang rendah iaitu prestasi kewangan adalah 38.5 peratus manakala bagi aktiviti fizikal pula adalah 13.5 peratus bagi Projek Bekalan Bahan Tanaman.

Jabatan itu sebelum ini diberi peruntukan kewangan sebanyak RM1.225 juta manakala sebanyak 570,000 anak pokok disasarkan untuk tujuan penanaman semula sepanjang tempoh tersebut, namun hanya RM471,574 dibelanjakan untuk aktiviti kewangannya manakala hanya 76,835 anak pokok berjaya ditanam semula sepanjang tempoh berkenaan.

Sementara itu, bagi Bancian Hutan Selepas Tebangan (Post-F) pula, prestasi kewangan adalah 57.4 peratus atau RM418,740 walaupun sebanyak RM729,617 diperuntukkan untuk tujuan berkenaan manakala kawasan yang telah siap diusaha, hasil pula adalah 74.0 peratus ataupun 2,431 hektar walaupun sasaran awal adalah 3,283 hektar.

Bagi aktiviti Tanaman Mengaya pula, pencapaian kewangan hanya mencecah 79.5 peratus atau RM254,238 berbanding peruntukan RM320,000 dengan 50.8 peratus atau 132 hektar daripada 260 hektar yang disasarkan, telah dilakukan dengan aktiviti tersebut.

Antara kelemahan lain yang dilaporkan dalam laporan tersebut adalah penanaman anak pokok di Kawasan Lesen (Matau) dan Kawasan Tebangan (Lorong Penarik) belum dijalankan selepas tamat usahahasil (kerja mengambil hasil hutan) melibatkan 26 daripada 68 kawasan yang perlu ditanam.

Selain itu, Tanaman Mengaya tidak dilaksanakan selepas Bancian Post-F diperolehi yang melibatkan tiga daripada lima kawasan bancian dan perubahan kawasan penanaman projek Tanaman Mengaya tanpa kelulusan yang melibatkan kesemua enam kawasan yang perlu ditanam.

Ia juga membabitkan permit masuk hutan bagi tujuan penanaman projek Tanaman Mengaya lewat dimohon oleh kontraktor bagi kesemua enam kawasan Tanaman Mengaya, tiada perlindungan insurans pekerja bagi tempoh kerja yang dilanjutkan melibatkan tiga daripada enam kawasan Tanaman Mengaya serta pewartaan deposit yang tidak dituntut tidak mengikut tempoh ditetapkan melibatkan sejumlah RM11.20 juta. – BERNAMA

Tags: hutanKelantan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

Annuar Musa Kemuka Formula Pembahagian Kerusi Muafakat Nasional 2.0 UMNO PAS

04/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dijadikan titik...

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd