• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembukaan HSK Untuk ECRL Sangat Minima

oleh Ahmad Albab
23/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri komited dalam memastikan pembukaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Galing di sini, bagi tujuan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dilakukan secara minima.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata kerajaan negeri akan memastikan pengeluaran hasil hutan dilakukan selaras dengan peraturan yang ditetapkan iaitu hanya untuk membina landasan keretapi tersebut.

“Selaras dengan Seksyen 11, Akta Perhutanan Negara 1984, pihak berkuasa negeri boleh mengeluarkan kawasan tanah dari HSK bagi tujuan kegunaan ekonomi yang lebih tinggi daripada kegunaan yang sedang dilakukan sekarang, dengan pembukaan hutan yang minima.

“Kerajaan negeri komited untuk merealisasikan komitmen nasional tersebut,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Adnan menjawab soalan Lee Chean Chung (PKR-Semambu) yang ingin tahu adakah kerajaan negeri akan membenarkan ‘pencerobohan’ ke atas HSK Galing bagi pembangunan projek ECRL.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Datuk Shafik Fauzan Sharif berkata seramai 4,221 pekebun kecil getah menerima bantuan Skim Insentif Produktiviti Getah berjumlah RM2.4 juta tahun ini.

Bantuan ini meliputi pemberian subsidi baja, racun dan penggalak susu, manakala 555 individu menerima Skim Pengekalan Pengeluaran Getah bernilai RM400,000 meliputi subsidi baja, mangkuk getah dan kelengkapan menoreh.

“Sebanyak dua Pusat Pengumpulan Hasil Getah bernilai RM50,000 juga dilaksanakan bagi membantu 400 pekebun kecil dan banyak lagi bantuan lain yang diberikan kerajaan menerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) dan Lembaga Getah Malaysia,” katanya.

Shafik Fauzan menjawab soalan Choong Siew Onn (DAP-Tras) yang ingin tahu bantuan yang diberikan kepada pekebun kecil getah kerana menyifatkan bantuan musim tengkujuh pekebun oleh kerajaan hanya bersifat sementara.

Menjawab soalan tambahan Andasura Rabu (PAS-Beserah), beliau memaklumkan bahawa getah masih menjadi antara komoditi utama Pahang, merujuk kepada tindakan Yayasan Pahang yang terus menerajui projek tanaman getah dalam skala besar.

Andasura dalam soalannya berkata ia ekoran tindakan pekebun kecil yang kebanyakannya dilihat sudah beralih kepada tanaman sawit selepas menebang pokok getah mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Adnan YaakobECRL
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Ucap Tahniah Kepada Semua Calon UPSR 2017

Next Post

APMM Dilantik Kawal Aktiviti Pengawasan Udara

Related Posts

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

04/02/2025
0

KUANTAN - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka memulakan ujian dan...

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

Majoriti Waris Setuju Pindah Kubur Untuk ECRL – MB Selangor

03/05/2024
0

SHAH ALAM : Majoriti waris dan ahli keluarga yang terbabit dalam penggalian dan pemindahan kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat...

Next Post

APMM Dilantik Kawal Aktiviti Pengawasan Udara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd