Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Guru Maut, 2 Parah...

KOTA TINGGI - Seorang guru maut dan dua lagi parah apabila mereka tercampak...

Polis Selesai Ambil Keterangan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini...

Pengarah JPS Antara 3...

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran antara tiga individu ditahan hari...

Video: Dindong Dantes Lamar...

PELAKON Filipina, Dindong Dantes membuat kemunculan mengejutkan dengan melamar kekasihnya, Marian Rivera menerusi...

Pembangunan Faktor Banjir Kilat Di Angkasapuri

KUALA LUMPUR – Siasatan mendapati aktiviti pembangunan di kawasan berdekatan yang menyebabkan halangan kepada sistem saliran menjadi antara punca banjir kilat di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Angkasapuri, Isnin lepas.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata faktor intensiti hujan yang sangat lebat selama satu jam 20 minit dengan kadar hujan 86 milimiter (mm) berbanding kadar hujan lebat biasa antara 50 hingga 60mm turut dipercayai menjadi punca kejadian itu.

Menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, beliau menarik perhatian bahawa jalan yang dinaiki air itu adalah di bawah kawal selia Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) manakala pihak konsesi ialah SPRINT.

“Projek pembangunan yang berdekatan dengan kawasan banjir adalah projek pembinaan Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway dan projek pembangunan South City,” katanya menjawab soalan Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) mengenai perkara itu.

Beliau seterusnya berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan pihak berkenaan menyelenggara sistem saliran termasuk menaik taraf longkang di sekitar kawasan pembinaan berkaitan.


Mereka juga diminta menyelenggara kolam tahanan sedia ada bagi mengekalkan kapasiti paras air dan menambah bilangan perangkap kelodak selain membersih sistem saliran sedia ada di sekitar kawasan pembangunan. – BERNAMA


​​​​​​​

Kategori