• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kontrak Maut Tertimbus Runtuhan Tanah

oleh Ahmad Albab
26/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pekerja kontrak maut akibat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek biogas di Kilang Sawit Keratong 2, Muadzam Shah petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 3 petang semalam ketika Nordan Wahid, 39 bersama-sama dua rakannya termasuk seorang pemandu jengkaut sedang melakukan kerja mengorek tanah bagi membina longkang sedalam 4.3 meter untuk pemasangan paip ‘overflow’.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azli Mohd Noor ketika dihubungi di sini hari ini, berkata mangsa yang berasal dari Bera sedang membuat kerja pemasangan paip itu bersama seorang rakan apabila tiba-tiba tanah tebing longkang runtuh.

Mangsa tertimbus manakala rakannya sempat menyelamatkan diri dan menghubungi pihak berkuasa, katanya.

Azli berkata operasi mencari mangsa melibatkan 37 pegawai dan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Balai Muadzam Shah.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan dalam keadaan cuaca hujan dan pada peringkat awal jengkaut digunakan bagi mengalih tanah runtuh itu.

“Namun usaha itu dilakukan secara manual kemudian kerana bimbang jengkaut akan terkena mangsa,” katanya,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa berjaya ditemui pada 9.27 malam tadi dan dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat. – BERNAMA

Tags: mautPekerja Kontrak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd