• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Komponen BN Perlu Dekati Pengundi Baharu

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu mendekati pengundi kali pertama dalam kalangan golongan muda yang akan menentukan keputusan pilihan raya umum ke-14 (PRU 14), kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata kebanyakan pengundi baharu dilihat masih belum mempunyai komitmen kepada mana-mana parti politik.

“Kita selaku Pemuda BN perlu memainkan peranan masing-masing mendekati secara bersemuka dan memahami harapan serta kebimbangan mereka tentang peningkatan kos sara hidup, inflasi dan sebagainya.

“Pada pandangan saya mereka belum berkeputusan menyokong, tiada kesetiaan terhadap mana-mana parti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda myPPP di Wisma Felcra, hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda myPPP Sathiah Sudakaran, Naib Presiden Kanan myPPP Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz serta barisan kepimpinan Pemuda myPPP.

Terdahulu, dalam ucapan perasmian, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata semua sayap Pemuda BN perlu memainkan peranan dan bekerjasama untuk memastikan rakyat tidak mempunyai persepsi negatif terhadap BN sebagai parti yang jauh daripada rakyat.

Beliau juga mahu Pemuda BN bekerja keras dan memastikan rakyat tidak sewenang-wenangnya terpedaya dengan janji pembangkang yang bersifat populis.

“PRU kali ini sangat kritikal dan mencabar untuk BN mempertahankan rekod kemenangan demi masa depan dan saya yakin rakyat dapat memberi mandat dengan mempertimbangkan rekod pencapaian BN selama ini,” katanya.

Sementara itu, Sathiah berharap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertimbangkan Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas sebagai calon bagi kerusi Parlimen Cameron Highlands pada PRU14.

Dalam ucapan dasar pada perhimpunan itu, beliau menzahirkan keyakinan bahawa Kayveas akan membantu dalam pembangunan negara. – BERNAMA

Tags: BNKhairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

BN Bincang Kemungkinan PAS Guna Lambang Dacing Dalam PRN Melaka

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan membincangkan kemungkinan PAS menggunakan lambang dacing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusinya,...

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

Parti Makkal Sakti Cadang BN Keluar Kerajaan Madani Secepat Mungkin

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Makkal Sakti Malaysia mencadangkan supaya Barisan Nasional (BN) keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin kerana kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd