• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandikar Cabar Shafie: “Kita Tengok Siapa Bodoh Nanti”

oleh AK-47
21/11/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini mencabar Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berbahas secara terbuka tentang sejarah penubuhan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Cabaran itu susulan kenyataan Ahli Parlimen Semporna itu bahawa mereka yang mengatakan status Sabah dan Sarawak sama seperti negeri di Semenanjung adalah “bodoh”.

“Hampir tersembur keluar kopi dari mulut saya apabila terbaca kenyataan Shafie mengenai perkara tersebut.

“Dalam hal ini, saya tidak perlu mengulangi balik pendirian saya berhubung dengan sejarah penubuhan Malaysia dan MA63,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Speaker Dewan Rakyat itu, beliau telah pun mencabar pemimpin pembangkang di Sabah itu untuk berbahas secara terbuka tentang isu ini supaya rakyat negeri itu dapat menilai siapa yang memutarbelitkan fakta sejarah semata-mata untuk menimbulkan kemarahan rakyat negeri di bawah bayu itu.

“Kali ini saya mencabar Presiden Parti Warisan itu berbahas dengan saya secara terbuka tentang tafsiran sejarah penubuhan Malaysia dan MA63, supaya rakyat Sabah dapat menilai siapa sebenarnya yang bodoh,” ujar Pandikar.

Dengan menyebut Bab 2 Kalusa 10 Laporan IGC yang dilampirkan dalam Artikel 8 Perjanjian Malaysia 1963 yang menyatakan bahawa bekas tanah jajahan British Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak sama dengan negeri-negeri Melayu Semenanjung, Pandikar sebelum ini membuat kenyataan bahawa Sabah sama taraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Bagaimanapun, Shafie dalam ceramah di Keningau kelmarin mendakwa individu yang mengatakan Sabah adalah sama dengan mana-mana negara lain adalah” bodoh”.

Dakwa Shafie lagi, Pandikar sebagai seorang rakyat Sabah tidak boleh mengatakan bahawa Sabah adalah sama seperti negeri-negeri lain seperti Perlis, misalnya.

“Sebelum buat kenyataan sedemikian Datuk Shafie perlu memahami sistem Federalisme.

“Adakah kenyataan Shafie ini satu penghinaan kepada seluruh rakyat Perlis?” tanya Pandikar, secara sinis. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Pandikar AminSabahShafie Apdal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd