• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Selamatkan Lelaki Terjun Ke Laut Digerakkan

oleh AK-47
24/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dipercayai terjun ke laut di jambatan Segenting Minyak Beku, dekat Batu Pahat, semalam.

Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat Lt Komander Maritim Muhammad Zulkarnain Abdullah berkata gerakan mencari dan menyelamat Lim Ying Fei, 35, dimulakan selepas pihak APMM menerima laporan kejadian kira-kira 11.40 malam tadi, daripada rakan mangsa.

“Sebuah bot ronda Petir 85 dan sebuah kapal KM Tambisan APMM digerakkan untuk menjalankan operasi SAR selain dibantu sebuah bot Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Zulkarnain sehubungan itu, mengingatkan semua komuniti maritim yang keluar ke laut supaya sentiasa mengutamakan soal keselamatan semasa di laut dan sentiasa memastikan peralatan seperti jaket keselamatan berada dalam keadaan baik dan dipakai.

Beliau turut berharap keluarga Lim bersabar dan berdoa semoga Lim dijumpai dalam keadaan selamat. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

Keputusan Rasmi: SPR Umum BN Menang 48 Kerusi DUN

12/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor Ke-16 apabila berjaya...

Saksikan Apabila Bangsa Johor Bermuafakat

Saksikan Apabila Bangsa Johor Bermuafakat

12/07/2026
0

KEMENANGAN besar Barisan Nasional (BN) dalam PRN semalam membuktikan satu perkara iaitu Bangsa Johor mampu bersatu apabila melibatkan masa depan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd