• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Niat Jahat Sebarkan Anak Saudara Azmin Ditahan SPRM

oleh Ahmad Albab
01/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pejabat Menteri Besar Selangor hari ini menyifatkan penyebaran maklumat kononnya anak saudara Menteri Besar Selangor antara individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terbabit dalam perlombongan pasir haram adalah berniat jahat.

Pengarah Komunikasi Strategik pejabat itu, Yin Shao Loong dalam satu kenyataan turut menyatakan kekesalan dengan penyebaran maklumat tersebut secara meluas melalui media sosial dan blog sebelum penahanan dilakukan oleh SPRM.

“Kami tidak mempersoalkan tanggungjawab SPRM untuk menjalankan sebarang siasatan. Namun, pembocoran maklumat secara meluas sebelum mana-mana pihak ditahan seperti ini jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat bagi memburukkan reputasi Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan kerajaan negeri menjelang pilihan raya umum ke-14.

“Sekiranya proses siasatan dijalankan secara profesional dan telus, pentadbiran ini mengalu-alukan siasatan yang mengikut lunas undang-undang tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak tertinggi yang berkepentingan,” katanya.

Kenyataan itu tidak mengesahkan atau menafikan bahawa individu yang ditahan terbabit adalah anak saudara Mohamed Azmin.

Yin bagaimanapun kemudian mengesahkan bahawa individu berkenaan merupakan anak kepada kakak Mohamed Azmin.

Semalam, sebuah blog melalui laporannya mendakwa anak saudara Mohamed Azmin ditahan SPRM bersama-sama dua lagi ahli perniagaan bagi siasatan kes rasuah dalam aktiviti perlombongan pasir dan pelbagai projek di Selangor.

Sementara itu, cubaan pihak media untuk mendapatkan komen Mohamed Azmin sendiri gagal apabila menteri besar itu meninggalkan pejabatnya kira-kira pukul 12.30 tengah hari melalui lif khas.

Pagi tadi, dua pengarah syarikat melombong pasir, seorang pengurus tapak bersama seorang pekerja syarikat pengiklanan ditahan reman tujuh hari di Mahkamah Majistret Putrajaya, bagi membantu siasatan kes aktiviti perlombongan pasir dan batu haram di Selangor. – BERNAMA

Tags: Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

Azmin Dakwa PN Mampu Menang 33 Kerusi Di Selangor

25/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Perikatan Nasional (PN) yakin mampu memperoleh sekurang-kurangnya 33 kerusi di Selangor, sekali gus merampas tampuk pentadbiran negeri...

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

Azmin Yakin Dakwaan Rasuah Pada BERSATU Tak Ganggu Persiapan PRN

21/02/2023
0

Ketua Penerangan PN Mohamed Azmin Ali yakin pendakwaan rasuah melibatkan kepimpinan Bersatu tidak akan mengganggu persiapan pilihan raya negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd