DUIT berkepuk-kepuk, gaji pekerja mesti beribu riban kan? Tapi dengarnya Datuk Seri Aliff Syukri cuma bayar gaji bodyguardnya RM1,000 sahaja? Betul ke ni?
Semalam, kecoh di media sosial apabila netizen bercerita mengenai jumlah gaji yang diterima oleh pengawal peribadi tersebut.

Bagi mereka RM1,000 sahaja tidak memadai dalam keadaan ekonomi seperti sekarang dan beranggapan Alif Syukri sebagai seorang yang kedekut walaupun dia sudah bergelar jutawan!
Sebelum itu, Aliff juga turut ada memuat naik satu gambar screenshot komen di laman Facebook yang mana menunjukkan kata-kata fitnah yang dilemparkan oleh netizen.


Namun, Aliff sendiri telah menafikan perkara tersebut kerana menganggap netizen itu bagaikan menyibuk dan bercakap tanpa tahu kebenaran sebenar.
Akibat tak tahan dengan hinaan yang diterima, Aliff telah memuat naik satu video bersama pengawal tersebut bagi memberi bukti bahawa dakwaan itu salah sama sekali.
“Yang pandai-pandai kutuk bodyguard saya gaji sikit lah, ha ko tengok ni dengar apa dia kata,” kata Datuk Aliff.
Di dalam video tersebut, Aliff telah meminta supaya pengawalnya mengulas lanjut mengenai isu tersebut dan menyuruh dia menyebutkan jumlah gaji yang diterima.
“Siapa yang cakap tu, tak tahu apa-apa. Gaji saya termasuk elaun semua cecah lima angka,” kata pengawal tersebut.
Dalam masa yang sama, dia tidak mahu menyebut berapa jumlah secara kasar gaji yang diterima namun selepas dipaksa oleh majikannya, lelaki tersebut terus mengakui bahawa gajinya mencecah RM10,000 sebulan.
Sudah-sudah lah tu wahai netizen sekaian. Jangan asyik nak cerita buruk tentang orang lain sahaja. Setiap hari, pasti ada sahaja yang mahu mencari kesalahan usahawan terkenal itu. Makin lama naik muak pula. – MYNEWSHUB.CC/AH
