• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Narathiwat Isytihar Semua Daerahnya Zon Bencana Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NARATHIWAT (Selatan Thailand) – Banyak wilayah di selatan Thailand ditenggelami air manakala wilayah Narathiwat telah mengisytiharkan semua daerahnya sebagai zon bencana yang terjejas akibat banjir, lapor Agensi Berita Thailand (TNA).

Banjir di selatan Narathiwat melanda kesemua 13 daerah dalam wilayah itu dengan situasi di tiga daripadanya adalah kritikal, termasuk Ra-ngae yang menyaksikan sejumlah 2,700 rumah ditenggelami air sedalam satu hingga 1.5 meter.
Banjir yang melanda Sungai Kolok pula menyaksikan paras air sedalam satu meter atau lebih.

Di wilayah Trang, banjir melanda tujuh daerah susulan hujan lebat semalaman. Air Sungai Trang telah melimpah melepasi tebingnya dan menenggelami jalan pintas di daerah Muang.

Kira-Kira satu kilometer sepanjang laluan masuk dan keluar kedua-dua lorong jalan itu telah ditenggelami air. Penduduk kampung terpaksa menggunakan tali untuk membantu mereka berjalan melalui air banjir.

Di Phatthalung, situasi agak membimbangkan. Semua 11 daerah dalam wilayah itu dilanda banjir dengan enam daripadanya terjejas teruk. Paras air melebihi satu meter menyebabkan 22 sekolah terpaksa ditutup.

Pihak berkuasa tempatan telah mengagihkan bantuan kepada mangsa banjir.

Di Songkhla, paras air di Terusan U Tapao terus meningkat dengan alirannya agak deras. Ia telah merosakkan sebahagian jalan dan jambatan yang menghubungkan dua kampung di daerah Hat Yai dan daerah Klong Hoi Kong.

Beberapa pegawai telah meletakkan halangan bagi menghalang penduduk menggunakannya. Beberapa jalan sepanjang terusan itu telah terhakis akibat aliran air yang deras.- BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd