• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nanah Dalam Otak, Adik Adam Perlu Bantuan

oleh
21/11/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak siapa yang mahu sepanjang hidupnya hanya dipenuhi dengan wayar yang berselirat ditubuh.

Baru-baru ini tular di Facebook apabila seorang aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Khairooll Anuar Almegat Samm, yang memuat naik satu entri di akaunnya berkenaan penderitaan seorang kanak-kanak mengalami penyakit hydrocephalus sejak lahir.

https://www.facebook.com/khairooll.almegat/posts/1401756919922575?pnref=story

 

Adik Adam Haikal yang berusia 9 tahun bukan sahaja mengalami penyakit itu, malah dia juga disahkan mengalami spinal bifida, beta thalasemia serta saraf dan buah pinggangnya juga turut mengalami kerosakan.

Apa yang lebih memilukan ialah Adam tidak pernah mengenali siapa ibubapa kandungnya sendiri.

Si kecil itu kini berada dibawah jagaan Rumah Titian Baiti Al Jannah yang terletak di Rawang.

Bagaimanapun, penderitaan Adam pernah disiarkan di kaca televisyen pada tahun 2014 yang lalu sehingga mendapat perhatian daripada pihak korporat dan selebriti tempatan.

Namun, pada 20 Oktober lalu, Adam telah dimaksukkan ke wad Hospital DEMC, Shah Alam bagi menjalani prosedur pemindahan darah rutin yang perlu dilakukan 2-3 bulan sekali.

Kesan dairpada itu, Adam mengalami demam selama seminggu namun masih tidak sihat.

Selepas dirujuk kepada pakar, dan menjalani rawatan susulan serta pakar telah mengesahkan terdapat sesuatu di bahagian kepadalanya.

Hasil ujian mendapati terdapat pendarahan serta nanah pada saluran otak si kecil itu. Kesnya juga terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi rawatan susulan segera.

Pihak doktor telah memaklumlan bahawa mereka akan melakukan satu pembedahan dengan cara menebuk lubang atas kepada Adam dan sekiranya prosedur tersebut tidak boleh dijalankan, besar kemungkinan doktor akan membuka tempurung kepalanya bagi membuang nanah dan air tersebut.

Dalam masa yang sama, Adam juga turut memerlukan beberapa barang keperluan termasuk Susu Pediasure Vanilla, tiub CPD (size 8-10) serta beg urine bagi digunakan selepas rawatan selelsai.

Bagaimanaapun, pihak SAMM Zon Hulu Selangor telah berkunjung ke rumah jagaan yang didiami oleh Adam untuk mendapatkan beberapa maklmat serta melihat sendiri permasalahan yang melanda kanak-kanak disana.

Difahamkan, rumah amal tersebut telah menempatkan seramai 18 orang anak-anak asnaf dan gelandangan yang berusia antara 2-14 tahun.

Mereka juga memerlukan beberapa keperluan asas seperti Susu Pediasure Vanilla, Susu Lactokis (1-3) Vanilla, Susu Lactokid (4-6) Vanilla, pampers sais M hingga XL, pati gulsan, tamar coco serta produk Qaseh Junior.

Selain itu sumbangan lain yang boleh diberikan juga ialah berupa wang ringgit bagi membiayai bil-bil utiliti atau sewa rumah dan macam-macam lagi perbelanjaan asas mereka.

Orang ramai boleh menyalurkan bantuan ke akaun Bank Rakyat 11-395-100360-2 di atas nama TITIAN BAITI AL JANNAH atau hubungi Puan Azizah Binti Mohd Rafi di talian 013-2271882.

Turut dimaklumkan hasil daripada perbincangan pihak pengurusan rumah amal tersebut, SAMM Hulu Selangor juga turut bersedia untuk membantu menguruskan bantuan rumah tersebut.

Sumbangan juga boleh disalurkan disalurkan ke akaun SAMM Hulu Selangor (Maybank) bernombor 1620-1309-5188 di atas nama Megat Khairul Anuar Bin Razali. Atau hubungi wakil SAMM HS di talian berikut:

017-569 7966 (Khairooll Anuar Almegat Samm)
019-916 1699 (Mazuan Mansor)
017-596 5047 (Norazlan Izwan)
019-325 8994 (Mohd Ayubbi Ali)
013-670 6702 (Shafri Nua)

Hasil tinjauan kami di Facebook milik Khairooll, mendapati beberapa sumbangan telah dihantar ke rumah jagaan tersebut.

Syukur masih ada lagi manusia yang berhati murni seperti mereka ini bagi membantu memberitahu kepada orang awam mengenai kesusahan yang dihadapi oleh anak-anak malang itu.

Semoga lebih banyak lagi bantuan dapat diberikan kepada mereka dan kepada semua golongan yang memerlukan perhatian dan pertolongan orang ramai.

Siapa sangka, hanya dengan perkongsian di Facebook sahaja, Rumah Titian Baiti Al Jannah tidak putus-putus menerima bantuan daripada orang ramai! – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Adam HaikalhydrocephalussumbanganTITIAN BAITI AL JANNAH
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nabila Nasihat Pelakon Baru Jangan Cepat Bangga Diri

Next Post

Kelantan Jangka Bajet 2018 Defisit RM41.74j

Related Posts

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

PM Anwar Hulur Sumbangan Kepada Pelakon Nur Azifah

22/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon Nur Azifah Zainon Abidin bagi membantu meringankan...

Banjir: Polis Johor Diletakkan Dalam Keadaan Bersiap-siaga

Sumbangan RM6 Juta Dipulangkan Semula – Sanusi

07/01/2024
0

KUALA NERANG: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa wang RM6 juta yang dikaitkan dalam isu rasuah Persatuan Bola Sepak...

Next Post

Kelantan Jangka Bajet 2018 Defisit RM41.74j

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd