• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nabila Nasihat Pelakon Baru Jangan Cepat Bangga Diri

oleh
21/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI ‘senior’ dalam bidang hiburan, mereka pastinya akan menjadi sumber rujukan kepada pendatang baharu yang sedang mula mencipta nama dalam industri seni.

Bagi pelakon berbakat besar, Nabila Huda meminta supaya barisan pelakon baharu masa kini agar tidak terlalu cepat berpuas hati dengan populariti mereka.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi sudah pun melalui zaman ‘jatuh bangun’ sebagai anak seni selama penglibatannya yang hampir 16 tahun.

“Saya bermula dari bawah untuk sampai ke tahap ini dan melalui perjalanan berliku sebagai anak seni.

“Bila tengok pelakon baharu yang terlalu berbangga dan menunjuk dengan populariti segera yang mereka terima, pesan saya berhati-hatilah.

“Sekarang adalah waktu mengembangkan bakat dan karier, kutip lebih banyak pengalaman dan jangan cepat seronok dengan apa yang dicapai,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Dalam masa yang sama, Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil turut memberitahu bahawa terdapat beberapa pelakon baharu yang meminta dia untuk berkongsi ilmu mengenai insustri sendiir.

“Ada yang bertanya kepada saya mengenai ilmu lakonan dan berminat untuk mengetahui tentang industri seni. Cara itu saya suka sebab kita boleh berkongsi pandangan dan idea,” ujarnya.

Selepas penat menjayakan drama Dendam Aurora sebanyak 100 episod, kini Nabila mahu berehat seketika daripada menerima mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan masa yang lama untuk penggambaran.

“Habis sahaja shooting drama tersebut, saya fikir nak berehat dahulu daripada mengambil tawaran lakonan drama bersiri yang memerlukan komitmen masa yang panjang.

“Alhamdulillah, penggambaran sudah selesai dan sekarang nak bercuti bersama keluarga dulu,”tambah Nabila yang kini sedang aktif mempromosikan filem lakonanya, Rempit-Rempit Langit yang bakal ditayangkan 23 November ini.

Filem Rempit-Rempit Sampai Langit itu merupakan arahan Silver dan diterbitkan oleh Suhan Movies yang turut dibintangi oleh Ajak Shiro, Reen Rahim, Cristina Suzanne dan Tauke Jambu.

Pada bulan lalu, Nabila telah dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara kerana mengalami kesakitan pada bahagian peha.

Kecederaan itu kemungkinan berpunca daripada insiden dia terjatuh ketika sedang mendaki Gunung Annapurna di Nepal, September lalu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Gunung AnnapurnaNabila Hudapelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd