• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Ketuai Delegasi Ke Sidang Kemuncak ASEAN

oleh Ahmad Albab
12/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-31 di Manila, Filipina dari 13 hingga 14 Nov ini.

Bertemakan ‘Partnering for Change, Engaging the World’, sidang kemuncak itu memberi peluang kepada para pemimpin untuk saling bertukar pandangan mengenai hala tuju serta hubungan luar ASEAN selain isu-isu serantau dan antarabangsa.

Najib akan diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ke sidang kemuncak itu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar hari ini, memandangkan tahun ini merupakan ulang tahun bersejarah ke-50 ASEAN, Sidang Kemuncak ke-31 itu memberi peluang kepada para pemimpin ASEAN untuk membincangkan mengenai pelaksanaan ASEAN 2025: Forging Ahead Together, hala tuju yang selaras dengan usaha berterusan ke arah pembinaan komuniti bagi memastikan Komuniti ASEAN bersepadu, aman, stabil dan berdaya tahan.

Selain itu, Najib dan pemimpin lain ASEAN dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga, Sidang Kemuncak Asia Timur dan Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN Campur Satu dengan setiap negara melibatkan Kanada, Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, China, Republik Korea, India, Jepun serta Pertubuhan Bangsa Bersatu.

Menurut kenyataan itu, ASEAN juga akan menyambut Ulang Tahun Peringatan ke-40 dengan Amerika Syarikat, Kanada serta Kesatuan Eropah, yang dalam hubungan ini, Filipina selaku Pengerusi ASEAN akan menganjurkan Sidang Kemuncak Peringatan dengan setiap negara itu.

Bagi menyambut Ulang Tahun ke-50 ASEAN pula, Filipina dijangka mengadakan Sambutan Gala Khas Ulang Tahun Ke-50 ASEAN pada 12 Nov ini.

Najib dan pemimpin-pemimpin lain ASEAN juga dijadual menghadiri ‘Interface with ASEAN Business Advisory Council’, ‘APT Leaders Interface with East Asia Business Council (EABC)’ dan Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Perkongsian Komprehensif Ekonomi Serantau (RCEP).

Menurut kenyataan itu, perdana menteri akan mengadakan beberapa mesyuarat hubungan dua hala dengan rakan sejawatannya dari ASEAN serta negara-negara Rakan Dialog yang berselang seli dengan Sidang-Sidang Kemuncak ASEAN. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

J-KOM Lancar Operasi Bermula Malam Ini

10/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) melancarkan operasi bagi menerangkan tentang pelbagai isu negara bermula malam ini. Ia termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd