• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Kagum Acara Lelongan Kumpul RM122,063 Seminit

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tertarik dengan acara lelongan yang dibuat secara langsung pada majlis pelancaran Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) Malaysia Go Lives di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Najib dan Pengasas/ Pengerusi Eksekutif Alibaba Group Jack Ma melelong replika kapal ‘Sail of Fortune’ diperbuat daripada emas 24 karat menerusi tmall.com, sebuah anak syarikat di bawah Alibaba.

Replika itu berjaya dijual pada harga RM122,063 dengan 80 bidaan dalam tempoh seminit.

Dana yang dikumpul daripada lelongan itu akan diserahkan kepada pertubuhan kebajikan.

Sementara itu, dalam satu sesi sembang yang diadakan kemudian, Najib menegaskan bahawa beliau mahu meneruskan legasi bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, untuk memajukan negara dan memacu Malaysia ke arah mencapai antara 20 negara terkemuka dunia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata allahyarham bapanya adalah insan yang banyak memberi inspirasi kepadanya untuk terus membangunkan Malaysia.

“Allahyarham bapa saya mahu memodenkan Malaysia dan membangunkan kawasan luar bandar serta membawa masuk industri-industri baharu ke negara ini.

“Malangnya, beliau tidak hidup lama apabila meninggal dunia pada usia 54 tahun. Sekarang, Allah merahmati saya dengan peluang ini. Saya mahu memainkan peranan utama dalam membawa Malaysia menjadi 20 negara terkemuka dunia.

“Saya yakin dengan sokongan rakyat, Insya-Allah,” kata beliau.

Terdahulu, Najib merasmikan majlis pecah tanah KLIA Aeropolis DFTZ Park di Litar Antarabangsa Sepang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

Nga Kor Ming Enggan Letak Jawatan – “Kami Tidak Menang Kali Ini, Esok Masih Ada”

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming enggan melayan desakan supaya beliau meletak jawatan. Pemimpin DAP...

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

“Kan Hari Tu Dah Pesan” – FB Najib Razak

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook rasmi Najib Razak memuat naik sindiran selepas keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, dengan mengulangi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd