• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohon Bina Pusat Jagaan Harian Di Hospital Sg. Petani

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan negeri telah mengemukakan permohonan untuk membina satu Pusat Jagaan Harian enam tingkat yang dianggarkan bernilai RM200 juta di tapak Hospital Sungai Petani lama.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan negeri Datuk Leong Yong Kong berkata langkah ini adalah antara usaha mengurangkan masalah kekurangan katil di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani.

Beliau berkata kertas kerja yang disediakan Jabatan Kesihatan Negeri itu telah dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).

“Dengan ini sebahagian pesakit tidak perlu dimasukkan ke wad untuk menjalani pembedahan minor, rawatan kemoterapi bagi pesakit kanser serta rawatan talasemia iaitu pemindahan darah,” katanya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Dr R Krishanmoorthy (PKR-Bukit Selambau) yang mahu tahu adakah terdapat cadangan untuk menaik taraf hospital tersebut ekoran kekurangan katil untuk menampung jumlah pesakit yang ramai.

Yong Kong berkata terdapat juga cadangan untuk menambah satu wad baharu di Hospital Sungai Petani lama pada tahun hadapan dan satu wad lagi pada 2019 setelah kerja-kerja naik taraf dijalankan di bangunan sedia ada.

Beliau menjelaskan melalui projek Hospital Kluster yang bermula tahun ini membabitkan HSAH bersama Hospital Sik dan Yan, ia turut dilihat mampu mengurangkan masalah kesesakan tersebut apabila sebahagian besar pesakit dari Yan dan Sik tidak perlu lagi dimasukkan ke HSAH.

“Ini kerana pakar perubatan pelbagai bidang di HSAH akan melawat dan memberi perkhidmatan kepakaran serta menjalankan prosedur di Hospital Yan dan Sik

“Di samping itu, mutu penyampaian perkhidmatan di kedua-dua hospital daerah ini dapat ditingkatkan dengan latihan berterusan kepada pegawai perubatan dan kakitangan paramedik serta pertambahan alatan perubatan dan kelengkapan dewan bedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: hospitalpusat jagaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

0.03% Daripada 4.7 Juta Murid Pernah Cuba Dadah

Next Post

Bakat Baharu Hiasi Pentas Anugerah Juara Lagu 32

Related Posts

Lelaki Didakwa Rakam Imej Intim Di Tandas Hospital

Lelaki Didakwa Rakam Imej Intim Di Tandas Hospital

28/07/2025
0

MELBOURNE – Seorang lelaki berdepan lima tambahan pertuduhan berkaitan kes rakaman imej intim di sebuah tandas kakitangan hospital selepas ditahan...

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

12/05/2025
0

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima...

Next Post

Bakat Baharu Hiasi Pentas Anugerah Juara Lagu 32

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd