• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam

oleh Mohd Arshad
12/05/2025
dalam Terkini
0
Bayi 22 Bulan Diserang Sawan Didakwa Dibiarkan Menunggu Hampir 11 Jam
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila bayi perempuannya yang berusia 22 bulan diserang sawan selepas didakwa lewat menerima rawatan ketika mendapatkan bantuan perubatan di Hospital Melaka.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, Siti Aishah Rahim memberitahu dia datang ke hospital itu untuk mendapatkan rawatan anak sulungnya, Siti Farha Adelia Mohd Firdaus akibat demam panas.

Malangnya, kanak-kanak itu berterusan menangis kerana menahan sakit didakwa lewat diberikan rawatan sehingga terpaksa menunggu hampir 11 jam sebelum insiden tersebut tular sejak malam Ahad.

Wanita berusia 27 tahun itu mendakwa telah merayu untuk diberikan rawatan segera setelah suhu panas mencecah sehingga 40 darjah celcius tetapi jururawat bertugas didakwa hanya meminta dirinya bersabar.

Selepas mendapatkan rawatan katanya, kanak-kanak itu disahkan pula terkena jangkitan virus yang menyebabkan jangkitan pada saluran pernafasan dan pencernaan selain mata serta paru-paru.

Siti Aishah ketika dihubungi mendakwa, layanan diterima seolah-olah sambil lewa dan tidak sensitif terhadap keadaan kritikal anak kecilnya itu.

Bagaimanapun katanya, pihak hospital telah meminta maaf di atas kejadian tersebut dan memberi jaminan untuk menyiasat kes berkenaan.

“Mereka datang ke katil anak saya dan memohon maaf. Mereka mengambil berat kes ini selepas kuasa netizen,” katanya.

Tambahnya, anaknya itu kini dalam pemerhatian hospital susulan keadaannya yang masih belum stabil.

-Sinar Harian

Tags: bayihospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Didakwa Rakam Imej Intim Di Tandas Hospital

Lelaki Didakwa Rakam Imej Intim Di Tandas Hospital

28/07/2025
0

MELBOURNE – Seorang lelaki berdepan lima tambahan pertuduhan berkaitan kes rakaman imej intim di sebuah tandas kakitangan hospital selepas ditahan...

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

Nahas Di Lebuh Raya: Bayi Meninggal Selepas 2 Hari Bertarung Nyawa Di ICU

01/06/2025
0

MUAR: Bayi perempuan yang menjadi mangsa nahas di Kilometer 144.9 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pada Isnin lalu, menghembuskan nafas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd