• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Model MRT3 Tukar Kepada Turnkey Bagi Jimatkan Kos

oleh Ahmad Albab
13/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan untuk menukarkan struktur perlaksana projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) daripada model Rakan Perlaksana Projek kepada model turnkey boleh menjimatkan perbelanjaan berbilion-bilion ringgit, kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corporation (MRT Corp), Datuk Seri Shahril Mokhtar.

Katanya, ini akan membolehkan MRT Corp mendapatkan opsyen pembiayaan terbaik memandangkan 80 peratus kerja membabitkan kerja-kerja pengorekan dan penerowongan yang menelan belanja yang amat banyak.

“Jika kita berpeluang untuk menjimatkan wang rakyat, mengapa tidak kita gunakan kaedah ini? Kita perlu membuat lebih baik daripada Laluan 1 dan 2.

“Pada penghujungnya, semua ini adalah mengenai penyampaian dan kecekapan projek, termasuk untuk mengurangkan kos pengorekan, saya fikir kita semua mahu melihat kos yang terbaik,” katanya kepada pemberita semasa taklimat mengenai perkembangan MRT Laluan 3, di sini hari ini.

Shahril berkata kontraktor turnkey akan dipilih melalui sistem tender terbuka yang mana bidaan akan bermula pada Rabu ini (taklimat tender) sehingga 25 Dis dan pembida yang berjaya akan diumumkan menjelang Februari tahun depan.

Bagi memasuki tender tersebut, bakal pemohon mestilah memenuhi keupayaan kewangan minimum dengan modal berbayar dan dana pemegang saham tidak kurang daripada RM5 bilion.

MRT Corp ketika bercakap mengenai cadangan pembiayaan itu, berkata, ia harus merangkumi tempoh pembiayaan minimum selama 30 tahun dan tempoh moratorium selama 8 tahun, manakala margin pembiayaan hendaklah tidak kurang daripada 90 peratus daripada jangkaan keseluruhan kos projek.

Kata Shahril, Hanoi, Jakarta dan New Delhi adalah antara bandar raya yang telah menggunakan model turnkey dengan konsep pembiayaan pembinaan landasan keretapi yang telah membuahkan hasil yang amat positif.

Struktur perlaksana projek berkenaan tidak akan meletakkan syarikat-syarikat Malaysia berada dalam keadaan ketinggalan disebabkan banyak di antara mereka yang mempunyai keupayaan untuk mengendalikan kerja dan menguruskan pembiayaan.

Syarikat-syarikat infrastruktur awam boleh membida kontrak turnkey dengan membentuk sebuah konsortium atau usaha sama dengan syarikat asing yang mempunyai kepakaran teknikal, katanya.

“Saya juga ingin menekankan bahawa model pembiayaan baharu ini merupakan antara opsyen yang kami sediakan kepada pasaran. Jika terma-terma pembiayaan yang mana petender-petender terlibat, kesemuanya tidak kompetitif, kita masih ada hak untuk kembali ke Danalnfra untuk mendapatkan pembiayaan bagi projek tersebut,” katanya.

Dalam notis tender yang umumkan pada awal bulan ini, MRT Corp berkata Laluan 3 dijangka mencapai jarak sejauh 40km dan merangkumi 26 stesen, di mana, sepanjang 30km laluan terletak di bawah tanah.

Firma penyelidikan, CIMB Equitied Research membuat ramalan dalam Septemberlepas. projek tersebut boleh mencecah kos sebanyak RM35 bilion dan RM40 bilion.

Sementara itu, beliau menjangkakan cadangan skim kereta api MRT3 akan diluluskan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat menjelang Disember 2018 dan kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan seawal suku ketiga tahun 2019.

Katanya, MRT Corp telah menetapkan dua pencapaian bagi pembinaan Laluan 3: fasa pertama dijangka siap menjelang akhir 2025 dan fasa kedua pada penghujung 2026.

Projek MRT3, juga dikenali sebagai Rangkaian Rel Lembah Klang, yang merupakan laluan kereta api yang disasarkan untuk menyambung dan berintegrasi dengan MRT1 Laluan Sungai Buloh-Kajang yang sedia ada, termasuk MRT2 Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya yang sedang dalam pembinaan, serta lain-lain sistem LRT dan monorel. – BERNAMA

Tags: MRT3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HSS Engineering Dilantik PMC Projek MRT3

HSS Engineering Dilantik PMC Projek MRT3

06/08/2022
0

PETALING JAYA : Syarikat usaha sama HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) dan HSS Engineering Sdn. Bhd. (HSSE) menerima surat lantikan...

MRT3 Berharga RM50.2B, Hampir RM1B Setiap KM

MRT3 Berharga RM50.2B, Hampir RM1B Setiap KM

02/08/2022
0

PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini diberitahu, projek Mass Rapid Transit 3 (MRT3) dianggarkan menelan belanja RM50.2 bilion secara keseluruhan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd