• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Lelaki Bertopeng Malam ASK2017?

oleh AK-47
06/11/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPERTI biasa dalam mana-mana majlis penganugerahan di seluruh dunia, fungsinya bukan sahaja untuk mengiktiraf malah menjadi tempat untuk jemputannya memperagakan busana indah dan fesyen yang unik.

Begitulah yang berlaku semasa malam Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang diadakan Jumaat lalu.

Antara yang mencuri perhatian lensa kamera pada malam itu ialah gaya seorang lelaki dengan imej bertopeng hitam yang berjalan di karpet merah.

Persoalannya, siapakah lelaki misteri tersebut dan apa tujuan dia memakai topeng hitam seperti itu?

Rupa-rupanya, lelaki di sebalik imej topeng hitam tersebut digayakan oleh pelakon baru iaitu Adam Shadan yang mula dikenali menerusi drama Titian Cinta.

Menurut Adam atau nama sebenar Mohamad Shahaadan Che Seman, dia memilih fesyen itu kerana mahu mencari kelainan dan berasakan gaya tersebut bersesuaian dengan tema ‘glamor’.

“Sebenarnya, saya pakai topeng hitam untuk mencari kelainan dalam berfesyen. Iyalah, saya ni artis baru jadi kena cari sesuatu yang lain daripada orang lain.

“Lagipun, saya baru selesai penggambaran drama dan muka saya ada sedikit sunburn (kesan kulit terbakar), jadi pakai topeng saja lah senang,” katanya kepada mStar Online.

Pada malam tersebut, Adam memakai pakaian yang ditaja oleh pereka fesyen Taufik Idros Creation.

Sementara itu, mari kita lihat wajah Adam tanpa topeng ya!

Elok je ‘kejadiannya’ tanpa topeng, kan? Tapi Adam berjaya buat orang ramai tertanya-tanya siapa gerangan lelaki bertopeng hitam itu, sekaligus menarik minat masyarakat terhadapnya.

Bagaimanapun, tetap ada segelintir netizen yang mengutuk penampilan Adam pada malam itu serta menyifatkan dirinya sebagai ‘over’.

Namun, dia tidak mahu ambil pusing dengan komen netizen dan menerima dengan hati terbuka.

“Biarlah orang nak kata apa pun. Kita tak boleh nak puaskan hati semua orang” katanya.

Tentang perkembangan kariernya pula, Adam bakal muncul dalam telefilem Bilo Nogori Jupo Kelate untuk slot Iris TV3 dan Sekolah Hati yang bakal bersiaran di Astro tidak lama lagi. – MYNEWSHUB.CC

UNTUK PENGIKLANAN ONLINE – HUBUNGI FIZA – 013 844 1203 

Tags: adam shadanask2017pelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd