• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misi Cari MH370 Disambung Januari Depan

oleh AK-47
03/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menjalinkan kerjasama dengan China dan Australia bagi mengkaji data penilaian kawasan pencarian Malaysia Airlines MH370 yang berkeluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi sebelum membuat keputusan menyambung operasi pencarian.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ketiga-tiga negara tersebut mahu memastikan ketepatan data teknikal kawasan pencarian baharu yang dikemukakan pakar dari Australia.

“Itu matlamat kami dan selepas itu pencarian boleh dilaksanakan di kawasan yang lebih terperinci mungkin merangkumi 5,000 kilometer persegi terletak di pinggir utara, selatan Lautan Hindi berbanding zon operasi sebelum ini.

“Kita akan terus cari MH370, operasi akan diteruskan dianggarkan pada Januari tahun depan jika ketiga-tiga negara puas hati dengan semua syarat dikemukakan kepada Ocean Infinity,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan kepada anak-anak krew MH370 dan MH17, di sini hari ini.

Dalam majlis tersebut, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyampaikan sumbangan kepada 40 anak-anak krew pesawat yang terkorban dalam tragedi tiga tahun lalu.

Mereka masing-masing menerima sumbangan RM5,000 seorang bermula hari ini dan akan diteruskan pada setiap tiga bulan berikutnya sehingga mencapai RM40,000.

Bantuan itu disalurkan Persatuan Pendidikan ‘Flagbearer’ hasil sumbangan pelbagai syarikat swasta di negara ini.

Jelas Tiong Lai, Malaysia telah menetapkan dua syarat antaranya data penilaian pakar Australia perlu tepat dan syarat perjanjian yang dikemukakan syarikat Ocean Infinity perlu memihak kepada ketiga-tiga negara tersebut.

“Ketiga-tiga negara mahu Ocean Infinity mengendalikan operasi pencarian semula MH370 jika syarat yang dikemukakan dipersetujui syarikat berkenaan.

“Kita sudah mengadakan pertemuan dengan syarikat itu sejak September lalu untuk membuat perundingan mengenai syarat menyambung operasi pencarian MH370 di perairan Australia,” katanya.

Tags: Datuk Seri Liow Tiong LaiMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd