• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Muhammad Faliq Ditemui

oleh Ahmad Albab
21/11/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LENGGONG – Mayat kedua tragedi bot karam di Sungai Perak di Kampung Kelantan di sini ditemui pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lenggong, Mohd Annuar Mohd Saff, berkata mayat Muhammad Faliq Fadzil, 26, ditemui pada jam 7.55 pagi.

“Anggota kami yang meneruskan operasi mencari pagi ini menemui mayat mangsa dalam keadaan terapung di permukaan air.

“Mangsa ditemui kira-kira 100 meter jarak dari mangsa pertama ditemui semalam,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Mohd Annuar berkata, ketika ditemui tubuh mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mayat Muhammad Faliq dibawa ke Jeti Tasik Raban sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Dengan penemuan ini, kami menghentikan operasi yang dilakukan sejak petang Sabtu lalu,” katanya.

Sementara itu, ibu Muhammad Faliq, Nor Hashimah Hashim, 48, berkata dia dan keluarga reda dengan kejadian yang berlaku.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana doa dan solat hajat kami (anak ditemui hidup atau mati) dimakbulkan Allah.

“Terima kasih kepada semua pihak terutama anggota bomba dan polis yang berusaha mencari anak saya,” katanya.

Semalam, mayat rakan Muhammad Faliq, Amirul Asyraff Abdullah, 24, ditemui jam 10.10 pagi.

Dua rakan itu dikatakan menyewa bot di Tasik Raban dekat sini dan pergi memancing di Sungai Perak jam 8 pagi Sabtu lalu sebelum bot mereka naiki karam selepas dipercayai terlanggar tunggul kayu. – BH ONLINE

Tags: mati lemasMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd